BERITA
Polis Tunggu Hasil Laporan 6 Jenis Ubat, Kematian Akiko Masih Diklasifikasikan Sebagai Kematian Mengejut
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan mengesahkan pihak polis masih lagi menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura.
Memetik laporan Berita Harian, Hussein Omar menjelaskan laporan berkaitan ubat tersebut masih dalam siasatan.
"Kes ini masih dalam siasatan dan sehingga kini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Ditanya sama ada, mangsa sebelum ini pernah mendapatkan apa-apa rawatan, Hussein berkata perkara itu juga masih dalam siasatan pihaknya.
Terdahulu, media telah melaporkan pihak polis telah mengambil enam jenis ubat dalam bentuk pil yang dipercayai berasal dari Jepun di kediaman usahawan dan pempegaruh tersebut susulan kematian isterinya, Akiko Okumura.
Meskipun kes masih diklasifikasikan sebagai SDR, polis berkata siasatan dijalankan dengan melihat beberapa sudut termasuk melihat sama ada mangsa mempunyai masalah kemurungan atau kesihatan yang memerlukan ubat-ubatan.
Pada 5 Mac lalu, Hussein mengesahkan wanita warga Jepun berusia lingkungan 50-an yang sebelum ini dilaporkan maut akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya pada 28 Februari lalu adalah Akiko.
Must-Watch Video