,
Berita

Polis Tidak Cadang Haram Perhimpunan RXZ - Pengarah JSPT

Ernalisa
18/09/2024
06:27 MYT
Polis setakat ini tidak bercadang untuk mengharamkan program perhimpunan We Are RXZ, sebaliknya mahu pihak penganjur mematuhi prosedur semasa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata ia termasuk prosedur dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT), kerajaan negeri dan polis peringkat kontinjen.

BERITA BERKAITAN : Nani Roslan Berang Dengan Abang Bas, Video ‘Ajar’ Netizen Tular | Motif Trending

BERITA BERKAITAN : 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

BERITA BERKAITAN : Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

BERITA BERKAITAN : “Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

"Sebelum penganjuran sesuatu acara dibenarkan, ia melibatkan banyak pihak termasuk PBT yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen selain kebenaran daripada pihak polis.
"Pihak JSPT akan memfokuskan kepada kawalan lalu lintas dan keselamatan berdasarkan jumlah peserta, kenderaan serta orang ramai yang ingin hadir dalam acara itu," katanya pada Khamis.
Semalam, Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata tiga individu maut dalam tiga kemalangan berasingan membabitkan peserta program We Are RXZ Members 6.0.
Program We Are RXZ Members yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak pada 13 dan 14 Sept lepas merupakan edisi keenam penganjuran selepas kali pertama diadakan bermula 2017.
Sementara itu, Mohd Yusri berkata sebanyak 1,366 kes kemalangan direkodkan berlaku di seluruh negara semalam melibatkan 12 kes kematian, menurun daripada 14 kes kematian dengan 1,641 kes kemalangan pada hari sebelumnya.
"Faktor kemalangan yang utama adalah faktor manusia selain faktor kenderaan dan persekitaran yang hampir 95 peratus kemalangan jalan raya berlaku. Sikap pengguna kenderaan bermotor memainkan peranan penting apabila berada di atas jalan raya.

"Hendaklah mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain, selain bekerjasama antara satu sama lain," katanya.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya terutamanya yang pulang ke kampung sempena cuti sekolah supaya merancang perjalanan.

"Apabila terperangkap di dalam kesesakan hendaklah bersabar dan kawal emosi supaya tiada perkara negatif akan berlaku.

Gunakan peluang cuti sekolah ini untuk mendidik ahli keluarga tentang pentingnya keselamatan di jalan raya untuk mengurangkan kadar kemalangan maut," katanya.
SUMBER:Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Berita

TikToker Ali Abulaban Rasa Tidak Adil Dipenjara Seumur Hidup Kerana Tembak Isteri

gempak
07/09/2024
15:55 MYT
Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri dan rakan lelakinya hanya kerana menyangka mereka menjalinkan hubungan sulit.
Laman Utama

#GempakWrapped2022: Bahagia Tidak Selamanya, Ini 10 Artis Yang Berpisah Tahun 2022

gempak
31/12/2022
14:51 MYT
Selebriti yang bercerai dan putus cinta 2022
Laman Utama

Bukan Saja-Saja Bedah, Batang Hidung Lana Nodin Pernah Patah Kemalangan RXZ - "Hidung Senget Sampai Sekarang, Terpaksa Buat ..."

gempak
29/04/2022
09:54 MYT
Netizen dakwa hidung Lana Nodin semakin pelik?