,
Berita

Polis Siasat Motif Penculikan Albertine Leo Mungkin Berunsurkan Pedofilia

Gempak
06/08/2024
11:25 MYT
Polis sedang menyiasat motif penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun Albertine Leo Jia Hui, termasuk kemungkinan suspek lelaki yang ditahan semula dalam kes itu merupakan seorang pedofilia.

Hasil Siasatan Dalam Masa Terdekat

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata ia susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek di Kulai.
Beliau berkata hasil siasatan motif kes tersebut dipercayai akan dapat diketahui dalam masa terdekat.

"Kita menemui petunjuk baharu dalam kes ini iaitu dengan penemuan alat mainan seks dan pelbagai lagi. Jadi, fokus siasatan kita tertumpu kepada itu (penemuan) dan kita harap dapat mengetahui motif dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan suspek merupakan seorang pedofilia.
Kumar berkata suspek juga berkemungkinan menculik kanak-kanak tersebut secara bersendirian.

Ditanya sama ada kanak-kanak itu akan dihantar semula untuk pemeriksaan kesihatan, Kumar berkata tiada keperluan setakat ini memandangkan keputusan hasil pemeriksaan oleh pakar perubatan sebelum ini telah mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau dalam pada itu berkata suspek direman enam hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Tempoh reman lelaki itu yang keseluruhannya selama 13 hari bagi siasatan kes penculikan tamat 4 Ogos lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis sebelum ditahan semula susulan penemuan baharu termasuk alat mainan seks itu.
Kumar sebelum ini dilapor sebagai berkata suspek ditangkap bersama Albertine di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 23 Julai selepas kanak-kanak itu hilang di kawasan Eco Galleria, Iskandar Puteri pada 20 Julai lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa Alat Mainan S*ks, Bahan Penganiayaan S*ksual Kanak-Kanak… Polis Tangkap Semula Suspek Culik Albertine Leo

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek Penculik Albertine Sambung Reman Enam Hari Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 Hari Hilang, Ini Gambar Terkini Albertine Leo Bersama Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Culik Albertine Leo, Suspek Ke-5 Direman 7 Hari

ARTIKEL BERKAITAN: Leo Jia Hui Ditemui Selamat!

Sumber: Awani menerusi Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.