HIBURAN
Polis Siasat Motif Artis Legenda 'Serang' Shila Amzah
Polis masih menjalankan siasatan terhadap insiden melibatkan penyanyi popular, Shila Amzah yang mendakwa diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda semasa sesi latihan konsert baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan kini tertumpu kepada mengenal pasti motif sebenar tindakan artis terbabit, selain beberapa lagi saksi akan dipanggil dalam masa terdekat.
“Motif individu terbabit masih dalam siasatan dan rakaman percakapan daripada pihak berkenaan juga belum diambil.
“Setakat ini, polis telah merakam percakapan dua saksi dan keterangan daripada individu lain masih dalam proses,” katanya pada Sabtu.
Beliau memaklumkan bahawa kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Shila Amzah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, mendakwa dirinya diserang oleh seorang penyanyi lelaki legenda ketika menjalani latihan bagi sebuah konsert yang dijadual berlangsung dalam masa terdekat.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video