,
Laman Utama

Polis Siasat Influencer Masak, Makan Jerung Putih

Maliah Surip
03/08/2022
14:55 MYT
Seorang influencer dari China, Tizi, disiasat pihak berkuasa tempatan selepas video aksi dirinya memperoleh sebelum memakan anak jerung putih disiarkan sebagai konten di platform media sosialnya.
Pseudonym Tizi atau dikenali dalam kalangan masyarakat media sosial sebagai Tizi sebelum ini menunjukkan kepada lebih lapan juga pengikutnya bagaimana dia memperoleh seekor anak jerung putih sebelum memasaknya dalam beberapa jenis masakan.
“Ia mungkin nampak ganas, tapi percayalah isinya sangat lembut,” ujar Tizi dalam video yang telah dipadam selepas menimbulkan kontroversi dan kecaman itu.
Menerusi video sama yang dikongsikan pada pertengahan Julai lalu itu, Tizi antaranya dilihat berbaring di sebelah anak jerung putih itu untuk menunjukkan saiz dan tinggi haiwan terlindung tersebut.
Dia kemudian memotong ikan yang dipercayai punya ketinggian sekitar dua meter kepada beberapa bahagian.
Ia antaranya diperap sebelum dimasak secara BBQ. Kepala ikan jerung putih tersebut kemudian dibuat sup.
Kerana tindakan dan aduan yang diterima, pihak berkuasa kini dilaporkan menyiasat tentang video tersebut.
Wanita itu dikatakan berhadapan dengan maksimum 10 tahun penjara jika didapati bersalah.
Ikan jerung putih adalah antara spesis ikan yang dilindungi kerana semakin pupus termasuk di China.
Tizi bagaimanapun mengatakan dia memperoleh ikan tersebut secara sah. Namun dakwaan tersebut diragui kerana penjualan anak ikan jerung kering biasanya diproses sebagai makanan kucing dan boleh dibeli secara atas talian.
Kredit Foto: The Mirror
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.