,
Terkini

Polis Siasat Dakwaan Guru Jalin Hubungan Cinta Dengan Pelajar Lelaki

Gempak
25/03/2024
02:30 MYT
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang guru sekolah menengan didakwa menjalinkan hubungan cinta bersama pelajar lelaki.
Terbaharu, pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.

Pihak Polis Sudah Terima Laporan

Memetik laporan Sinar, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang wanita berusia 46 tahun pada jam 10.30 malam, 12 Disember lalu.
"Kesemua pihak yang terbabit sudah dipanggil merakam percakapan termasuk remaja dan guru berkenaan.
"Kita sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi, pada Ahad.

Siasatan Sedang Dijalankan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak Kanak 2017.
"Siasatan masih berjalan yang mana kertas siasatan dihantar ke Bukit Aman sebelum diarahkan meneruskan siasatan," katanya.

Kakak Pelajar Viralkan Isu

Terdahulu, individu yang mendakwa sebagai kakak mangsa menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaannya berhubung kes itu.
Dalam luahannya di aplikasi X itu, dia memberitahu, ibu mereka sudah membuat laporan polis serta laporan berasingan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.
Walaupun guru itu dipindahkan ke sekolah lain, mereka mendakwa guru terbabit dan adiknya masih berhubung dan pernah bertemu di pantai secara rahsia.
Bagaimanapun, dia kemudian menurunkan hantaran itu, yang menjadi tular.
Sumber: Sinar Harian menerusi Awani

Berita Trending: Hantaran Viral Mengenai Guru Wanita Didakwa Bercinta Dengan Pelajar Dipadam? Ini Sebabnya…

Berita Trending: "Dipukul, Dibuang Dari Tingkat 2" - Individu Ini Dedah Kronologi Pelajar Yang Didakwa Dibelasah Di Asrama?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.