,
Viral

Polis Sahkan Sabari Dibunuh, Dicampak Ke Dalam Sungai

Gempak
01/10/2024
00:25 MYT
Misteri kehilangan bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, di Baling akhirnya terungkai selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki membunuh mangsa.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, hasil soal siasat suspek, Sabari dikatakan dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.
Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu, mengaku melakukan perbuatan berkenaan.
"Pengakuan telah dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.
"Bagaimanapun, sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai dan usaha pencarian masih dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Susulan itu, beliau berkata, siasatan yang dilakukan membabitkan mangsa hilang kini dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jelasnya, perkembangan itu telah pun dimaklumkan kepada keluarga mangsa.
“Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
“Sebaliknya orang ramai diminta untuk membantu menyalurkan maklumat berkaitan kejadian kepada pihak polis,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Sabari dipercayai keluar berjumpa rakannya dengan menaiki kereta Proton Waja berwarna emas pada malam 3 September lalu.
Bagaimanapun, keesokan harinya mangsa gagal dihubungi.
Kehilangan itu dianggap misteri oleh ahli keluarga memandangkan kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun mangsa tidak ditemui.
Ahli keluarga mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun lelaki itu ke akaun bank milik orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

gempak
05/10/2024
15:55 MYT
Pelakon Riena Diana berkongsi detik gembira dirinya menerima sebuah telefon pintar daripada teman lelakinya, Keith Foo.
Gaya Hidup

4 Fakta Menarik Inovasi Baharu Kasut Ikonik Dr. Martens!

gempak
05/10/2024
14:55 MYT
Dr. Martens terus mencipta sejarah melalui edisi terbaharu Sub Boot dan 14XX Sub Boot.
Hiburan

"Dulu Orang Curang Sembunyi-Sembunyi, Sekarang..." - Adik Waniey Cuit Pendengar Dengan Lagu Curey Depe Mato

gempak
05/10/2024
14:00 MYT
Adik Waniey atau nama sebenarnya Azmahirwani Nordin, 33, mengetengahkan genre ‘Pop Dangdut Moden’, satu konsep baharu yang dijangka mampu diterima ramai pendengar khususnya penduduk di Pantai Timur.
Viral

Bapa Durjana Jual Anak Berharga RM4,000 Kepada Pasangan Tanpa Zuriat

gempak
05/10/2024
11:45 MYT
Seorang lelaki berusia 36 tahun bersikap kejam apabila tergamak menjual bayinya kepada pasangan berkahwin lain yang sudah lama menantikan zuriat.
Viral

Lelaki Perempuan Bergaul Bebas, Dakwa Ada Roh Rasul Dalam Diri, Ajaran Cahaya Disekat!

gempak
05/10/2024
09:30 MYT
Mengaku di dalam dirinya ada roh kudus yang merujuk kepada roh semua rasul dan menganggap sudah mencapai darjat yang tinggi sehingga tidak perlu beribadat.
BorakSeeni