,
Viral

Polis Sahkan Kes Ah Long ‘Naik Hantu’ Sampai Simbah Cat Merah Di Taman Selaseh

Gempak
26/01/2024
00:00 MYT
Tular satu hantaran baru-baru ini yang memaparkan tindakan rakus pemberi pinjaman wang tanpa lesen (ah long) yang menyimbah cat merah di rumah seorang individu setelah jiran sebelah rumahnya tidak membayar hutang.
Malah, lebih menakutkan lagi apabila jiran yang tidak bersalah itu turut menerima nota ugutan daripada ah long tersebut yang menyuruh jirannya segera membayar hutang yang tertunggak atau akan terima padah yang lebih teruk. “Ini notis buat anda, sebab jiran sebelah rumah tak bayar hutang.
“Jadi, sebagai jirannya, suruh jiran sebelah rumah kau tu call kami dan settlekan hutang, kalau tidak kau akan terima padah yang sama.
“Jangan cabar saya, untuk bakar rumah ni. Tolong suruh jiran bayar hutang secepatnya, jika tidak, faham-faham lah,” ugut ah long tersebut dalam surat yang ditulis.
Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa berang dengan tindakan ah long tersebut kerana mengaitkan individu yang tidak bersalah itu dengan masalah yang telah dilakukan si penghutang.
“Ini ah long jenis c*laka, jiran-jiran yang tak tahu ape pun kena, kalau jumpa Ah Long ni time tengah buat job lastik je kepala dia pakai batu.
“Weh dengan jiran jiran sekali kena, ridiculous siaa along ni,” tulis beberapa netizen.
Selain itu, ada juga netizen yang mengeji tindakan si penghutang yang menyusahkan jiran sekeliling.
“Tak pasal-pasal jiran yang taktahu apa-apa jadi mangsa kena simbah cat jugak. Kau yg b*doh pergi berhutang dengan Ah Long, lepas tangan tak nak bayar, orang lain pulak terima bala.
“Ah Long tu tak salah, yang salah tukang pinjam. Dah tahu tak mampu bayar sibuk nak pinjam pastu menyusahkan orang lain,” tulis salah seorang pengguna X.

Berita Trending: Hanya Jumpa Rangka, Misteri Kehilangan Bella Terungkai… Ini Luahan Kakak…

Setakat artikel ini ditulis, pihak polis telah mengesahkan kes ini sebagai mangsa amukan ‘gila’ ah long selepas individu itu membuat laporan.
Kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan orang awam diminta untuk tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Hiburan

Fiziwoo Simpati Dengan Pereka Fesyen Yang Berdepan Masalah Kewangan - “Kami Rasa Kasihan & Terkesan Dengan…”

gempak
07/09/2024
11:55 MYT
Pereka fesyen Fiziwoo mengakui mereka berasa simpati dengan situasi dihadapi rakan dalam industri kreatif yang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melakukan pinjaman di saluran yang salah.
Hiburan

Miss K: Nampak Glamor, Pereka Fesyen Hampir Gila Kena Kejar Ah Long! - "Baju Berderet, Butik Bersepah"

gempak
28/08/2024
10:25 MYT
Tengah sedap-sedap hirup kopi panas petang tadi, Miss K dapat mesej daripada bestie Miss K, Cik Kuntum Parabola nak sharing gosip.
Hiburan

Berhutang Sebanyak RM25,000, Pereka Fesyen Popular Tanah Air Dikejar Ah Long?

gempak
27/08/2024
13:55 MYT
Gara-gara hutang, seorang pereka fesyen popular tempatan  berdepan detik cemas apabila dipercayai telah menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long.
Berita

Wanita Mengaku Tidak Bersalah Gigit Hidung Jiran

gempak
23/08/2024
15:55 MYT
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 6 September depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.