,
Laman Utama

Polis Panggil Caprice, Mondy Bantu Siasatan Terkait Ebit Lew

Gempak
19/09/2023
16:44 MYT
Polis akan memanggil penyanyi rap Caprice dan seorang wanita Indonesia dalam masa terdekat bagi membantu siasatan susulan laporan yang dibuat pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata tindakan itu akan dilakukan pihaknya setelah menerima arahan lanjut (OTI) bagi menyiasat kes berkenaan, hari ini.
Sasikala berkata polis setakat ini hanya menerima satu laporan yang dibuat Ebit di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya semalam.
Untuk (keterangan) Ebit Lew, kami sudah rakam percakapan beliau. Untuk (Caprice dan wanita Indonesia itu) kami mesti (dapatkan) sebab (mereka) saksi berkaitan kes, kita perlu rakam percakapannya.
"Kita akan lengkapkan siasatan berkenaan kes ini untuk dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan seterusnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Sasikala berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Media semalam melaporkan bahawa polis menerima laporan daripada Ebit yang mendakwa dirinya difitnah dalam sebuah video tular menerusi media sosial yang bertajuk "The Mondy Tattoo Interview".
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar berkata beliau mengesahkan laporan yang diterimanya daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada 2.17 pagi. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.