,
Berita

Polis Cedera Parah Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Bertugas

Gempak
14/07/2024
22:00 MYT
Seorang anggota polis trafik cedera parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya, Johor pada pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata dalam kejadian 7.05 pagi itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an mengalami patah tulang pinggul sebelah kiri dan luka pada bahagian muka, dagu serta tangan sebelah kanan.
Beliau berkata kemalangan tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS sedang membuat kawalan lalu lintas susulan kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas di lorong kanan tempat kejadian.
"Bagaimanapun, ketika proses penundaan dilakukan sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna perak dari arah belakang telah mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri sebelum melanggar anggota berkenaan yang sedang berdiri di sebelah kiri trak tunda.
"Akibat kemalangan itu, mangsa telah tercampak ke atas cermin hadapan kereta Proton Wira tersebut dan kemudian melambung sebelum terjatuh di tengah jalan," katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun, Raub berkata pemandu kereta iaitu lelaki tempatan berusia 30-an hanya mengalami luka pada tangan kiri.
"Hasil ujian pernafasan ke atas pemandu tersebut mendapati dia positif alkohol, manakala ujian saringan air kencing pula negatif daripada sebarang jenis dadah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) (B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan," katanya.
Beliau berkata pihaknya meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian itu agar tampil ke IPD JBS bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek di talian 014-6977122.
Sumber - BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Berita

Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan

gempak
16/09/2024
12:55 MYT
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.