,
Laman Utama

Poligami, Kecurangan - Tam Suhaimi Tak Kekok Kupas Isu Wanita

Syafiqah Jalal
24/08/2021
11:20 MYT
Pengarah Tam Suhaimi akui tidak kekok mengupas isu tentang wanita dalam drama bersiri slot Megadrama berjudul Hawa yang bakal ditayangkan bermula hari ini.
Kata Tam sejak mula menceburi bidang pengarahan dia sering melibatkan diri dalam drama yang berkisarkan mengenai wanita.
“Pada saya mengarah mengenai kisah wanita ini bukanlah perkara asing, malah sejak di awal penglibatan dalam bidang pengarahan saya banyak terlibat dengan tema begini.
“Cuma cabarannya dalam Hawa adalah ia mengupas lebih kepada isu rumahtangga seperti poligami, kecurangan yang mana saya sendiri tidak pernah hadapi dalam kehidupan saya.
“Namun saya bertuah kerana penulis skrip serta pelakon yang terlibat banyak membantu untuk menjadikan Hawa satu drama yang dekat dengan penonton,” katanya.
Tam berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual alam maya untuk drama Hawa yang bakal ditayangkan di Astro Ria mulai harini setiap Isnin hingga khamis, jam 10 malam.
Drama ini menampilkan juga bekas aktres yang kini lebih selesa bergerak aktif dengan kerja di belakang tabir iaitu Baizura Kahar sebagai pengarah dan penulis skrip Tam sebagai panel skrip.
Hawa dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Hamidah Wahab, Donna Muslim, Akmal Abdullah, Shah Faris dan Yusri Saleh.
Mengulas mengenai isu rumah tangga yang diketengahkan, Tam memberitahu dia cuba untuk mencipta situasi yang tidak cliche dalam drama-drama Melayu sebelum ini.
“Kami cuba explore bagaimana untuk translate isu rumah tangga yang sering didengari dalam masyarakat supaya ia tidak cliché dan menjadi relatable kepada penonton.
“Masih lagi mengaitkan dengan masalah-maslah yang sering berlaku terhadap golongan wanita tetap dalam sudut berbeza,” katanya lagi.
Hawa mengisahkan mengenai kehidupan Along menjadi huru-hara ketika suaminya, Haji Ali sedang koma.Perkara menjadi rumit lagi apabila isteri kedua Haji Ali muncul dan mengaku, dia adalah isteri kedua Haji Ali.
Keluarganya, Hajjah Iman, Angah & Acu mengalami masalah mereka sendiri. Angah mengesyaki suaminya juga curang kepadanya, Hjh Imaan disaman kerana penipuan & Acu mendedahkan rahsia di vlog hidupnya!
Pelbagai masalah yang melanda keluarga mereka. Apakah kesudahan untuk semua ini? Adakah mereka dapat menyelesaikan dengan baik atau akan merumitkan lagi keadaan yang sekarang yang memang sudah rumit?
Saksikan Hawa di slot Megadrama saluran Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 24 Ogos (hari ini) jam 10 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.