,
Berita

Pokok Tumbang, Suami Isteri Parah, Anak Dalam Kandungan Meninggal Dunia

Awani
23/06/2024
08:09 MYT
Sepasang suami isteri cedera parah manakala anak dalam kandungan berusia lima bulan meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang susulan ribut di Simpang Empat, di sini, awal pagi Ahad.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Baeyah Abdul Wahab, mangsa, Muhammad Danish Hakim Hanizam, 18, dan isterinya Nuraleya Syazreena Roslan Anuar, 18, dilapor sedang menaiki motosikal di sebatang jalan di Kampung Padang Benta, Simpang Empat ketika kejadian jam 3.15 pagi itu.
Siasatan awal polis mendapati Nuraleya Syazreena menunggang motosikal berkenaan manakala suaminya Muhammad Danish Hakim Hanizam membonceng.
"Kejadian jam 3 pagi itu berlaku ketika pasangan berkenaan dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai makan di Sungai Baru, Simpang Empat menuju ke kediaman mereka di Kampung Sungai Bugis.
"Tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian, sebatang pokok tumbang menghempap motosikal dinaiki mereka," kata Baeyah.
Pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar mendapati Nuraleya Syazreena mengalami pendarahan dalam kepala.
"Selain itu, Nuraleya Syazreena turut patah tulang pinggang kiri dan kanan manakala kandungannya yang berusia berusia lima bulan disahkan meninggal dunia oleh doktor.
“Dia masih dirawat di wad kecemasan HTF bersama suaminya yang patah tulang paha kaki kanan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

BERITA TRENDING: Netizen Risau Pokok Selalu Tumbang Di Ibu Negara, DBKL Disaran Ambil Tindakan

BERITA TRENDING: Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail

BERITA TRENDING: Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail

BERITA TRENDING: Ribut KL: 18 Kenderaan Dihimpap Pokok Tumbang!

Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video