,
Hiburan

PM Thailand Ikuti Langkah Kerajaan Singapura Beri Subsidi Pada Konsert Taylor Swift Untuk Tarik Pelancong

Izwan Isa
17/02/2024
11:55 MYT
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin merancang untuk menjemput artis-artis papan atas ke negara itu bagi merancakkan industri pelancongan susulan konsert penyanyi Taylor Swift yang diadakan lebih dua malam di Singapura.

BERITA TRENDING: Taylor Swift Dinobat Person Of The Year 2023, Kalahkan Vladimir Putin

Republik yang terkenal sebagai lokasi persinggahan konsert artis antarabangsa itu menjadi satu-satunya perhentian Taylor di Asia Tenggara sempena The Eras Tour.
Berbicara di iBusiness Forum 2024 berjudul Reshaping Thailand for a Sustainable Future, Srettha mengatakan banyak orang mungkin bertanya-tanya mengapa Taylor Swift tidak datang ke Thailand selain para peminat yang mungkin terbang ke Singapura untuk menyaksikan konsertnya yang berlangsung pada 2, 3, 4 dan 7, 8, 9 Mac nanti.
Pertanyaan besarnya adalah, mengapa artis papan atas seperti Taylor Swift dan Beyoncé tidak datang ke Thailand dan Coldplay datang hanya untuk dua hari.
Jawapannya mungkin akan mengejutkan banyak orang. Ujar Srettha, kerajaan Singapura memberi subsidi pertunjukan tersebut sebanyak AS$2 hingga AS$3 juta (RM9.5 hingga RM14.3 juta) setiap pertunjukkan atau sekitar 500 juta baht.
“Penyanyi akan mampu menarik tajaan dan pelancong ke Thailand. Bahkan dengan biaya 500 juta baht untuk pertunjukannya, industri perhotelan dan pengusaha daging babi panggang di pinggir jalan (dapat meraih keuntungan),” ujarnya.

BERITA TRENDING: Taylor Swift Pecah Rekod Sebagai Artis Dengan Kemenangan Paling Banyak Bagi Kategori Album Of The…

Srettha menambahkan, pihaknya juga ingin melaksanakan hal tersebut dengan target akhir tahun ini karena pertunjukan itu harus direncanakan terlebih dahulu dengan pertimbangan nama-nama besar yang ingin dibawa masuk.
Sumber: Thainewsroom
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand!

gempak
16/09/2024
23:25 MYT
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion baht (100 baht = RM12.95) kepada ekonomi tempatan.
Berita

Syarikat Thailand Tawarkan Cuti Tinder Kepada Pekerja! - "Boleh Guna Untuk Keluar Temu Janji Dengan ..."

gempak
05/09/2024
15:55 MYT
Sebuah syarikat dari Thailand telah menawarkan manfaat yang tidak konvensional kepada pekerjanya iaitu cuti Tinder.
Viral

Nak Balik Rumah Peranginan, Rumah Peranginan Lesap

gempak
28/08/2024
18:55 MYT
Tak sampai sebulan selepas melawat rumah peranginan, tahu-tahu rumah tersebut lesap begitu sahaja.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.
Viral

Baru Nak Melepas Hajat, “Adik” Pula Digigit Ular

gempak
22/08/2024
03:25 MYT
Seorang lelaki di Thailand berhadapan dengan detik cemas apabila dia digigit seekor ular semasa sedang membuang hajat.