,
Terkini

PM Israel Benjamin Netanyahu Disahkan Hidap Hernia, Jalani Pembedahan Dengan Bius Penuh

Awani
01/04/2024
03:25 MYT
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menjalani pembedahan hernia dengan bius sepenuhnya, kata kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau.

Pembedahan pada Ahad

Netanyahu yang berusia 74 tahun disahkan menghidap hernia semasa pemeriksaan rutin pada hari Sabtu dan dijadualkan menjalani pembedahan semalam (Ahad), kata kenyataan itu lagi.
Pembedahan itu bermakna pemimpin Israel itu akan berehat seketika daripada konflik peperangan di Gaza.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Israel, Yariv Levin, akan memangku tugas semasa ketiadaan Netanyahu.

Optimis

Dalam sidang akhbar di sini, semalam sebelum menjalani pembedahan, Netanyahu berkata, beliau optimis dengan keputusan prosedur itu dan akan kembali bekerja 'dengan cepat'.
"Saya memberi jaminan bahawa saya akan melalui rawatan ini dengan berjaya dan kembali bertugas dengan cepat," kata Netanyahu.
Pembedahan itu berlaku di tengah-tengah rundingan baharu antara Israel dan Hamas di Kaherah, menurut laporan media Mesir.
Rundingan untuk mendapatkan pembebasan baki tebusan Israel yang ditahan oleh kumpulan pejuang Palestin, Hamas sebagai pertukaran untuk gencatan senjata dalam konflik yang telah menyaksikan lebih 32,000 rakyat Gaza terbunuh telah menemui jalan buntu minggu lalu.
Ini adalah pembedahan kedua Netanyahu sejak kembali ke jawatan Perdana Menteri pada akhir 2022.
Pada musim panas lalu, jantung Netanyahu disahkan tersumbat dan beliau menjalani pembedahan dengan memasang pemacu jantung (pacemaker).
Pada 2013, Netanyahu juga telah menjalani pembehadan selepas kali pertama disahkan menghidap hernia.
Hernia atau juga dikenali sebagai angin pasang berlaku apabila kandungan dalam satu ruang badan (kebiasaannya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa ia berada.
Kandungan itu biasanya sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung hernia.
Sumber: Agensi menerusi Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN: Netanyahu Tetap Degil Tolak Gencatan Senjata, Akui Terpaksa Sasarkan Orang Awam Kerana Hamas

​ARTIKEL BERKAITAN: Kastam Serbu Syarikat Makanan Organik, Rampas Kurma Dari Israel

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Remaja Maut, Doktor Bedah Berpandukan Tutorial Pembedahan Di YouTube

gempak
14/09/2024
07:25 MYT
Doktor dikenali sebagai Ajit Kumar Puri itu didakwa menggunakan tutorial melakukan prosedur membuang batu hempedu di YouTube ketika insiden pada minggu lalu.
Hiburan

Tak Berani Buat Pembedahan Plastik, Yuni Shara Tegangkan Kulit Leher

gempak
08/09/2024
13:45 MYT
Melihat kepada wajah awet mudanya meski sudah berusia 52 tahun, ramai yang menyangka penyanyi Yuni Shara melakukan pembedahan plastik.
Hiburan

Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”

gempak
07/08/2024
21:55 MYT
“Cukup lah, dah sepasang” demikian kata penyanyi Shila Amzah apabila ditanya mengapa berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.
Hiburan

Rina Nose Dedah Hasrat Mahu Buat Pembedahan Kosmetik – “Saya Mahu Buat Tapi..”

gempak
12/07/2024
21:55 MYT
Pembedahan kosmetik bagi mencantikkan wajah semakin popular dalam kalangan selebriti.
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

gempak
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.