,
Laman Utama

Platform eSports, eGG Network Terbitkan Siri Original Pertama, ‘Dongibab’!

Azwa Rahman
25/01/2022
12:33 MYT
Platform eSports dan ‘gaming’ hiburan, eGG Network, buat julung kalinya membawakan sebuah rantaian drama bersiri berbentuk komedi, ‘Dongibab’ (slang kepada perkataan ‘don’t give up’), yang mana bakal menampilkan bakat-bakat muda dari dunia ‘gaming’ dan barisan penstrim permainan video.
‘Dongibab’ akan bermula 24 Januari ini dengan 6 episod yang menyaksikan pembabitan bakat ‘gaming’ negara.
Di antaranya termasuklah nama-nama yang begitu dikenali di kalangan komuniti ‘gamers’ seperti Jaasuzuran, Uncle Dyy, FattahZie Gaming, dan Daddy Hood, beserta dengan salah seorang watak ‘musketeer’ utama di Kelab Mickey Mouse Malaysia, Ellya Keesha.
Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, siri original terbitan mereka ini membuka laluan untuk bakat-bakat baru menyertai dunia perdana.
“eGG Network sangat komited dalam usaha untuk memperbanyakkan pembabitan bakat-bakat ‘gaming’ atau ‘streamers’ luar dari komuniti biasa mereka dan mengorak langkah kehadapan bagi menyertai dunia arus perdana dan berinteraksi dengan audiens yang lebih luas.
“Siri original terbitan kami yang pertama ini, ‘Dongibab’ secara tidak langsung membawa kami selangkah lagi ke hadapan dan menjadi lebih dekat lagi dengan rakyat Malaysia khususnya mereka yang berada di dalam dunia penstriman video ini.
“Apa yang boleh saya katakan di sini, para ‘gamers’, pastikan anda terus bersama dengan kami kerana ada banyak lagi sajian kandungan menarik menanti anda dalam jangka masa terdekat ini,” jelasnya menerusi satu kenyataan.
Siri ini mengisahkan tentang seorang anak muda, Fatah yang mengambil alih tugas menjaga kafe siber milik ayah beliau. Namun begitu, kawan baik Fatah, Lukeman, beranggapan tiada harapan untuk Fatah membangunkan perniagaan seperti kafe siber di kawasan bandar kecil mereka.
Dalam pada itu, bas yang dinaiki Lilian bersama sekumpulan rakan ‘gamers’ beliau terkandas di kawasan perumahan Fatah. Tanpa sebarang signal penerimaan telefon bimbit, satu-satunya harapan Lilian dan rakan-rakannya adalah menerusi akses internet yang ada di kafe siber Fatah.
Dengan dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi, Lilian tidak berputus asa dan nekad untuk memastikan festival ‘gaming’ anjurannya berjaya diadakan, walaupun jika ia perlu dibuat di bandar kecil! Lilian mendapat sokongan dari pemain video game terkemuka, Mr. Canto, namun begitu, Juno berharap usaha Lilian gagal dan tidak berjaya dilaksanakan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan 6 episod siri original ‘Dongibab’ yang dibawakan khas oleh eGG Network setiap hari dari 24 – 29 Januari 2022, pada jam 9:30 malam di eGG Network (Ch 800).
Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di on demand menerusi Ultra Box atau di aplikasi Astro GO. ‘Dongibab’ juga boleh didapati di Sooka. Menariknya lagi, peminat boleh menonton sedutan-sedutan eksklusif dari belakang tabir ‘Dongibab’ di platform media sosial eGG Network.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#GMWA2022: Penangan Gamers Popular, Mana Satu Paling Tergempak?

gempak
21/02/2023
06:44 MYT
Mana satu gamers paling gempak guys?
Laman Utama

“Dia Mudah ‘Dibentuk’…”- Pengarah Autumn In Wales Ada Sebab Pertaruh Jaa Suzuran Sebagai Watak Utama

gempak
21/03/2022
12:11 MYT
Wah Jaa Suzuran jadi hero?
Laman Utama

Pelakon 'Hati Yang Dikhianati' Zaki Azeman Selamat Bertunang Dengan Adik Jaa Suzuran - "Kami Bakal Nikah Pada ..."

gempak
03/02/2022
23:55 MYT
Tahniah Zaki Azeman dan Raa Suzuran!
Hiburan

Bosan Duduk Rumah? Jom Layan 'Bangkit', Web Series Tampilkan Kisah Gamers!

gempak
19/03/2020
10:28 MYT
Viral

"Dah Kenal Tiga Tahun, Dia Sangat Sweet!" - Melissa Jelaskan Hubungan Dengan Jaa Suzuran, Tak Tolak Cinta Lelaki Melayu

gempak
20/08/2019
06:55 MYT