,
Laman Utama

PKP: Solat Sunat Aidilfitri Di Selangor Ditetapkan Semula

Syafiqah Jalal
12/05/2021
03:07 MYT
Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di Selangor ditetapkan semula, susulan kenyataan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di seluruh negara mulai hari ini.
Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor dalam kenyataan semalam memaklumkan, bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Pengurusan dan Masjid Institusi, dibenarkan dengan kehadiran 50 orang jemaah sahaja.
Bagi masjid kariah, surau kebenaran Jumaat dan surau kariah yang mempunyai kapasiti lebih 1,000 jemaah, juga 50 orang dibenarkan, manakala masjid kariah, surau kebenaran Jumaat dan surau kariah berkapasiti kurang 1,000 orang pula, hanya 20 jemaah dibenarkan.
Menurut jawatankuasa itu, ketetapan bilangan jemaah untuk solat sunat Aidilfitri yang diumum melalui satu surat pekeliling dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam, adalah dibatalkan.
"Berdasarkan penjadualan semula bilangan jemaah, maka pelaksanaan solat sunat Aidilfitri hendaklah turut dilakukan dengan menggunakan pendekatan pencegahan COVID-19, iaitu membuat penyusunan semula penjarakan fizikal 1.5 meter di antara jemaah dan menjarakkan selang satu baris jemaah dengan saf yang berikutnya," katanya.
Jawatankuasa itu menambah, ketetapan lain yang ditentukan melalui surat pekeliling JAIS sebelum ini adalah kekal dikuatkuasakan dan hendaklah dipatuhi oleh semua pihak.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Hiburan

“Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di Marahi Jawatankuasa Masjid Ketika Berehat Tunggu Waktu Solat

gempak
06/09/2024
01:54 MYT
Pendakwah selebriti, PU Riz meluahkan rasa kecewa selepas dimarahi oleh seorang jawatankuasa masjid.
Viral

Apa Hukumnya Pergi Tengok Konsert Tapi Berhenti Solat Sekejap Waktu Maghrib?

gempak
15/07/2024
22:00 MYT
Umum mengetahui penganjuran konsert selalunya berlangsung pada waktu malam. Kebanyakan konsert bermula sekitar 9 malam dan berakhir sebelum jam menunjukkan ke angka 12 pagi.
Gaya Hidup

Reka Dua Busana Untuk Konsert Di Singapura, Ezuwan Ismail Puji Sikap Membumi Siti Nurhaliza - "Sampai Backstage Dia Dah Siap Solek, Bertelekung Tunggu Waktu Solat ..."

gempak
01/07/2024
02:54 MYT
Pereka fesyen, Ezuan Ismail kagum dengan cara kerja yang ditunjukkan penyanyi tersohor Datuk Seri Nurhaliza sepanjang dua hari berada di belakang pentas bersempena dengan Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024, baru-baru ini.
Hiburan

Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”

gempak
19/06/2024
05:25 MYT
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang mengelirukan mengenai berpuasa di hari Tasyrik.