,
Sukan

Pique, Isco Terima Anugerah Selepas Selamatkan Burung di Tengah Padang

Kamaruddin Razal
25/06/2018
11:46 MYT
Dua bintang bola sepak pasukan Sepanyol, Gerard Pique dan Isco, dianggap sebagai wira selepas menyelamatkan seekor burung kecil sebelum berlangsungnya perlawanan Piala Dunia Sepanyol menentang Iran Khamis lalu.
Dalam kejadian itu, Pique berkali-kali cuba menangkap burung tersebut yang sesat di tengah padang, namun usahanya gagal.
Isco yang melihat keadaan itu kemudian datang membantu dan akhirnya berjaya menangkap burung tersebut lalu membawanya ke luar padang supaya ia tidak dipijak.
Para netizen memuji tindakan Isco dan Pique dan ada yang mengatakan tindakan mereka itu merupakan momen terindah di Piala Dunia Rusia 2018 setakat ini.
Selain mendapat pujian netizen, kedua-dua pemain tersebut mendapat perhatian Persatuan Hak Asasi Haiwan (PETA) dan diberi anugerah khas sebagai tanda penghormatan di atas tindakan yang dilakukan.
“PETA mengiktiraf kedua-dua pemain bola sepak ini selepas mengeluarkan seekor burung kecil dari tengah-tengah padang dan sekali gus menyelamatkan ia daripada bahaya.
“Tidak ada perlawanan yang lebih penting daripada kehidupan seseorang dan kami harap tindakan berani ini dapat mendorong semua orang untuk membantu haiwan,” kata pengarang PETA, Elisa Allen kepada portal The Sun UK.
Pada perlawanan itu, Sepanyol melakar kemenangan pertama dalam kumpulan B melalui jaringan 1-0 menentang Iran. Astro merupakan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2018 Rusia di Malaysia dan anda dapat menyaksikan kesemua 64 perlawanan secara langsung di Astro!
Astro juga akan turut membuat liputan komprehensif kesemua 64 perlawanan sepanjang musim perayaan ini.
Bukan itu saja, kesemua 64 perlawanan dapat disaksikan dalam definisi tinggi (HD) dan juga boleh dialami dalam bentuk realiti maya (VR) untuk pengalaman menonton seakan berada di dalam stadium!
Beli 'Astro World Cup Channel Pass' sekarang untuk menikmati 64 perlawanan secara langsung dalam definisi tinggi (HD) dan nikmati tiga bulan akses untuk Astro Sports Pack secara percuma.
Untuk pembelian dan lebih informasi, layari https://new.astro.com.my/wc2018
Gunakan hashtag #BornToLove #AstroWC2018 untuk berinteraksi mengenai Piala Dunia 2018 di laman sosial.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kehadiran Sol Campbell Meriahkan 1000 Tetamu Menyaksikan Piala Dunia

gempak
11/07/2018
06:04 MYT
Berita

Hebat Berlakon, Neymar 'Buang Masa' 14 Minit Atas Padang

gempak
06/07/2018
07:10 MYT
Sukan

Jom Sertai Kemeriahan Dramabola Party Bersama Selebriti Terkenal Malam Ini!

gempak
30/06/2018
01:24 MYT
Sukan

Hot & Jelita! 5 Wanita Cantik Julang Kerjaya Pemain Bola Sepak Popular

gempak
26/06/2018
12:13 MYT
Sukan

Piala Dunia 2018: Berang Dengan Persembahan Argentina, Maradona Mahu Adakan Mesyuarat Tergempar

gempak
26/06/2018
11:35 MYT