Hiburan
“Pilih Untuk Tidak Bercerita Sebab Tak Nak Ada Aib Bekas Suami Yang Terbuka” - Cik Epal Dedah Jofliam Tak Curang
Selepas sekian lama mengambil pendekatan untuk mengunci mulut, akhirnya usahawan dan pempengaruh, Cik Epal tampil menjawab dakwaan berkenaan isu curang melibatkan bekas suaminya, Jofliam.
Tak curang
Enggan mengulas panjang mengenai perkara itu, Cik Epal menegaskan sepanjang perkahwinan mereka, bekas suaminya itu tidak berlaku curang.
“Aku tak nak explain panjang lebar sebab aku tak nak sebarang ayat aku dimanipulasikan.
“Cuma aku nak jelaskan sepanjang perkahwinan kami Jofliam tak curang,” tegas menerusi hantaran di Insta Story miliknya.
Mahu jaga aib bekas suami
Dalam pada itu, Cik Epal juga turut menyatakan dia enggan bercerita mengenai masalah rumah tangganya kepada umum kerana mahu menjaga aib bekas suami.
“Setiap cerita kita kena dengar daripada dua-dua belah pihak untuk kita judge.
“Aku memilih untuk tidak bercerita side aku di public sebab aku tak nak ada aib bekas suami yang terbuka.
“Dia pernah jadi orang yang istimewa dalam hati aku dan dulu dia sebahagian dalam hidup aku. Aku bangga dengan semua kejayaan yang dia capai.
“Aku tak pernah malu orang gelarkan aku isteri Jofliam sebelum ini. Aku bangga pernah jadi isteri Jofliam.
“Dia tetap ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk Han dan Yuki,” coretnya.
Doakan yang terbaik
Dalam hantaran yang sama, Cik Epal juga tetap mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya walaupun mereka sudah tidak bersama.
“Saya mahu lihat awak menang sama ada dengan atau tanpa saya. Capai segalanya yang awak mahu. Jadilah orang yang awak inginkan.
“Saya ingin melihat awak berada di puncak, menikmati hidup dengan baik dan menjadi orang yang awak inginkan. Saya tetap sentiasa bangga dengan awak,” tulisnya.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan isterinya, malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.
Jofliam mendedahkan dia telah melafazkan taklik sekali dan masih menunggu keputusan mahkahmah untuk mengesahkan status rumah tangganya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Apa, Saya Dah Selesaikan Tanggungjawab Saya” - Jofliam
ARTIKEL BERKAITAN:“10 Tahun Hidup Bersama, Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja” - Cik Epal Sah Bercerai Dengan Jofliam
ARTIKEL BERKAITAN:EKSKLUSIF: “Dewi Pekerja Baik, Kalau Saya Pecat Dia Orang Lain Gembira, Tapi Saya Tidak..” - Jofliam
ARTIKEL BERKAITAN:EKSKLUSIF: “Yang Menghancurkan ‘Masjid’ Saya Adalah Kakak Saya” - Jofliam
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan
Kemudian, tular pula swafoto memaparkan Jofliam bersama seorang staf perempuannya yang dipercayai Dewi.
Namun, Jofliam yang terkenal dengan Pizza Wangyu menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Dewi seperti yang didakwa ramai.
Must-Watch Video