,
Laman Utama

Pilih Daripada Bahasa Arab Urdu, Ikmal Amry Beri Nama Cailie Pada Anak Pertama

Azwa Rahman
12/01/2022
09:28 MYT
Aktor kacak Ikmal Amry dan isteri Najla Shamsul sepakat memilih nama Cailie untuk diberikan kepada anak perempuan sulung mereka yang lahir pada 30 Disember lalu.
Menurut Akmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, dia memilih nama yang ringkas untuk cahaya mata pertama adalah kerana namanya sendiri sudah agak panjang.
“Sebenarnya Am ada berkongsi nama anak di IG story tempoh hari. Tapi mungkin ada yang tidak perasan kerana nama anak Am pun pendek sahaja.
“Kami memilih nama Cailie yang membawa maksud ‘kesayangan’. Sebab nama bapak dia dah panjang, Mohd Zulikmal Amry, jadi saya rasa lebih baik sekiranya memberikan nama yang pendek sahaja untuk anak,” ujar Ikmal ketika ditemubual.
Ikmal ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama Gempak Original Series Ex Aku Pontianak di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah Ikmal lagi, proses mencari nama itu tidak terlalu sukar memandangkan dia dan isteri sama-sama membuat carian di Google dan berjumpa dengan nama yang sesuai bermula dengan huruf C.
“Saya dan Najla jumpa nama Cailie itu di google sewaktu mencari-cari nama yang sesuai sebelum kelahiran. Rasanya itu nama yang paling unik yang kami jumpa dan tambahan pula memang saya inginkan nama anak yang bermula daripada huruf C.
“Kami mula membuat carian tentang maksud nama tersebut dan akhirnya menemui nama Cailie ini adalah daripada bahasa Arab Urdu yang membawa erti ‘kesayangan’,” jelasnya lagi.
Sekadar info, Ikmal disatukan dengan isterinya Najla Shamsul Kamar, 23, pada 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri Ex Aku Pontianak pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 19 Januari 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).
Ia turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Rahmat Ilahi, Alhamdulillah” - Ikmal Amry Syukur Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

gempak
28/10/2023
08:55 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

“Sentiasa Pegang Anak Masa Tidur…”- Trauma Selepas Kemalangan, Ikmal Amry Masih Belum Berani Memandu

gempak
22/09/2022
22:50 MYT
Ikmal Amry trauma selepas kemalangan
Laman Utama

[VIDEO]: “Tak Terima Tindakan Aku Lakukan” - Ikmal Amry Kongsi Detik Cemas, Selamatkan Anak & Isteri Ketika Kemalangan

gempak
06/09/2022
02:30 MYT
Mujur semua selamat. Alhamdulillah...
Laman Utama

“Saya Tak Boleh, Benda Tu Tak Normal..” - Nafiz Muaz Tolak Berlakon Drama Cinta, Elak Bersentuhan

gempak
23/06/2022
03:19 MYT
Berpegang pada prinsip.
Laman Utama

“Kami Okay Kalau Orang Nak Dukung Atau Cium Anak Kami” - Ikmal Amry Tak Mahu Jadi Ibu Bapa Paraniod

gempak
27/04/2022
11:31 MYT
Comelnya Cailie!