,
Laman Utama

Pihak Sekolah Keluar Surat Peringatan Risiko Culik Murid, Bapa Terkejut & Ketakutan

Syafiqah Jalal
26/09/2022
07:20 MYT
Sebuah sekolah di Kelantan mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa berkait dengan risiko culik dalam kalangan murid, lapor Sinar Harian
Surat yang dikeluarkan pada Ahad itu memaklumkan peringatan itu dikeluarkan susulan sejak kebelakangan ini sering berlaku kejadian culik dalam kalangan murid sekolah.
"Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap ibu bapa atau penjaga dapat mengambil tindakan sepatutnya.
"Menghantar dan mengambil anak-anak mengikut ketetapan waktu, sentiasa memberi ingatan dan pesanan kepada anak-anak serta selalu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani sesuatu kes yang berlaku," kata kenyataan tersebut.
Sementara itu seorang bapa yang enggan dikenali mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sekolah terbabit.
Katanya, situasi itu menimbul ketakutan dalam kalangan ibu bapa termasuk anak-anak.
Dia berkata, disebabkan surat peringatan itu tular, kecoh di WhatsApp sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan ibu bapa.
"Setakat ini, kami belum mendengar sebarang kes melibatkan penculikan kanak-kanak selain daripada peniaga kosmetik di Tumpat.
"Pada saya, peringatan itu perlu tetapi harus disampaikan dalam bentuk berhemah terutama kepada ibu bapa supaya dapat memberikan penerangan jelas kepada anak-anak.
"Bila penerangan tidak jelas, saya bimbang timbul masalah sehingga boleh menjejaskan semangat anak-anak untuk ke sekolah," katanya.
Media pada Khamis lalu melaporkan polis Kelantan menyiasat dua kes tular melibatkan dakwaan cubaan culik dua murid di sebuah sekolah di daerah Gua Musang pada Isnin dan Selasa
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.