,
Laman Utama

Piala Dunia Qatar 2022: Unta Ramal England Menang Esok!

Gempak
20/11/2022
12:25 MYT
Pasukan bola sepak Iran pasti berdepan laluan sukar selepas Camilla si unta psikik meramalkan kemenangan buat Three Lions pada aksi Piala Dunia Qatar 2022.
Akhbar The Sun on Sunday menugaskan 'Mystic Millie' untuk meramalkan pemenang perlawanan antara England dengan Iran malam esok.
Unta itu terus berjalan ke arah bendera St George's Cross tanpa teragak-agak sekali gus menjadikan pasukan Gareth Southgate pilihan untuk memenangi aksi Piala Dunia itu.
Pemiliknya Jenny dan Vernon Moore, kedua-dua berusia 52 tahun dari Melton Mowbray, Leicestershire, England menegaskan unta itu 'tidak pernah salah'.
Vernon berkata: "Ia satu petanda terbaik bagi Gareth dan anak buahnya. Melepasi peringkat kumpulan hampir pasti berjaya dilakukan.
"Kami memintanya memilih antara bendera kami dan negara lawan kami yang diletakkan di atas kekuda beberapa meter di hadapannya dan Camilla terus menuju ke arah St George setiap kali."
Unta memegang status istimewa di bandar tuan rumah Piala Dunia Qatar, yang mana ia dibiakkan bagi sukan lumba unta yang amat popular.
Jenny berkata: "Camilla mempunyai semangat yang kuat dan sering kali tahu bila tiba masa makan jadi kami amat percaya dengan keupayaannya untuk meramalkan keputusan Piala Dunia."
Sumber: Harian Metro, Agensi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Sepanyol Juara Euro 2024, England Terus Kempunan

gempak
14/07/2024
23:32 MYT
Pemain gantian, Mikel Oyarzabal menjaringkan gol empat minit sebelum tamat perlawanan untuk memastikan kemenangan 2-1 Sepanyol ke atas England dalam aksi final Euro 2024 pada awal pagi Isnin.
Berita

Raja Charles III Hidap Kanser!

gempak
06/02/2024
00:29 MYT
Istana Buckingham semalam mengesahkan Raja Charles III menghidap kanser, seminggu selepas baginda keluar dari hospital susulan pembedahan prostat.
Berita

Wanita Ini Kena Sebat 74 Kali Sebab Tayang Aurat Di Media Sosial, Tempat Awam

gempak
09/01/2024
13:55 MYT
Seorang wanita Iran, Roya Heshmati menerima 74 sebatan kerana enggan memakai tudung dan sekaligus melanggar peraturan berpakaian yang sangat ketat di negara tersebut
Laman Utama

Pelakon Ditahan Kerana Kritik Syarat Pemakaian Hijab

gempak
17/07/2023
11:47 MYT
Alamak.
Laman Utama

Tewas Di Tangan Perancis, Morocco Menang Di Hati Peminat Bola Sepak

gempak
15/12/2022
02:50 MYT
Perjuangan pasukan bola sepak Morocco atau Maghribi dalam mengejar piala dunia pertama mereka harus terhenti