BERITA
Petronas Sahkan Kebakaran Di Saluran Paip Utama PGB Berhampiran Puchong
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB) berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor pada jam 8.10 pagi ini.
Paip yang terjejas telah diasingkan
Katanya saluran paip yang terjejas telah diasingkan dan semua pihak berkepentingan yang berkaitan telah dimaklumkan.
"Kawasan di sekitar stesen minyak tidak terjejas. Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk menguruskan keadaan dan kami akan memberikan maklumat tambahan dalam masa terdekat berikutan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Petronas berkata tiga stesen minyak berhampiran iaitu PS Putra Heights, PS KM2 LDP dan PS Putra Bestari tidak terjejas, sebaliknya ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga.
"Pelanggan boleh menggunakan alternatif berikut untuk mengisi minyak kenderaan mereka - PS USJ 20, USJ 6 dan USJ 9,” katanya.
Petronas memberi jaminan bahawa keselamatan komuniti sekitar, kelestarian alam sekitar dan bekalan gas kepada negara terus menjadi keutamaannya.
ARTIKEL BERKAITAN:"Gegaran Seperti Gempa Bumi, Barang Sekitar Rumah Sudah Cair" - Mangsa
ARTIKEL BERKAITAN:"Terima Kasih Tungkus Lumus Padam Kebakaran Hutan ..." - Siti Nurhaliza Hargai Pasukan Bomba Pahang, Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan
ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki Nekad Selamatkan Kucing Dari Kebakaran, Netizen Tabik Sebab Berani Redah Api Marak - “Bukan Semua Orang Sanggup”
Terdahulu, kebakaran yang berlaku pagi tadi melibatkan kebocoran saluran paip gas Petronas sepanjang kira-kira 500 meter dengan api marak menjulang tinggi.
Operasi memindahkan penduduk di sekitar kawasan berhampiran turut dijalankan bagi menjaga keselamatan penduduk.
Sumber: BERNAMA
Must-Watch Video