gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Netizen Approved, Ammar Ahyan Makan Malam Dengan Cik B - “Kita Makan Nasi Ayam Cara Kelantan”
HIBURAN
Polis Guna ChatGPT Jejak Pemandu Langgar Lari, Berjaya Dikenal Pasti Dalam Tempoh Tiga Saat
DRAMA
Honey Trap: Padat, Tegang & Penuh Plot Twist! Jom Recap 4 Episod Pertama
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Petik Nama Ibu bapa! Araff Terkilan Dengan Teguran Kasar Netizen - “Saya Ambil Nasihat Tersebut Tapi…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
18/07/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Petik Nama Ibu bapa! Araff Terkilan Dengan Teguran Kasar Netizen - “Saya Ambil Nasihat Tersebut Tapi…”
Penyanyi dan ahli kumpulan Alpha, Araff akui terkilan dengan teguran yang diberikan netizen terhadapnya.
Jelas Araff, dia terbuka dan boleh menerima segala kritikan namun apa yang disampaikan oleh netizen agak kasar kerana menyentuh mengenai ibu bapanya serta keluarga.
“Mereka kata sila jaga perangai, jangan terlalu random. Saya ambil nasihat tersebut tapi bagi saya teguran yang diberikan itu terlalu kasar.
“Ayat yang mereka berikan itu pedih dan panjang, terus terang saya cakap memang tak sopan sebab penuh kata maki dan cacian, main nama ibu bapa, keluarga tapi saya bersyukur masih lagi boleh kawal mental saya,” katanya.
Pada awalnya, Araff akui menganggap komen-komen tersebut sekadar gurauan atau mungkin cerminan rasa tidak puas hati pihak tertentu.
Bagaimanapun, selepas menerima banyak komen yang sama, penyanyi muda tersebut mengambil pendekatan untuk menjaga kelakuannya.
“Pada awalnya saya hanya anggap benda itu sebagai gurauan sahaja sebab bila orang bagi ayat pelik-pelik ni saya rasa benda itu biasa, macam mungkin orang dengki tapi lama-lama saya baca banyak pulak, bukan sikit tau. Mereka minta saya tone down jadi saya ambil nasihat itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Araff juga menegaskan dia tidak menyimpan dendam terhadap kecaman yang diterima sebaliknya melihat situasi itu sebagai satu peluang untuk memperbaiki diri.
“Saya tak ambil hati dengan kata-kata mereka dan saya bukannya berubah secara drastik. Saya cuba ambil yang positif sahaja yang negatif kita abaikan. Saya tengok balik video saya mana yang tak betul tu saya tak buat dah.
“In future pun saya akan cuba kawal dan behave, kita faham ini semua adalah untuk tontonan umum,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Netizen
#Teguran
#Alpha
#Araff
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement