,
Gaya Hidup

Pesona Kimono Labuh & Blaus Bermotif Batik Borneo Serlahkan Keanggunan Wanita

Kamaruddin Razal
23/07/2019
07:51 MYT
Wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan.
Tidak tertakluk kepada satu jenis gaya sahaja, kaum hawa di luar sana kini lebih terbuka untuk mencuba pelbagai jenis fesyen untuk digayakan, terutamanya dari segi potongan busana.
Untuk mereka yang gemarkan sesuatu yang elegan tetapi masih mementingkan keselesaan serta mahu menyarung busana yang datang dalam potongan labuh serta longgar, jenama fesyen Jameqha Kuala Lumpur adalah jawapannya!
Sesuai untuk semua golongan wanita di luar sana, Jameqha menawarkan 17 pilihan kimono labuh dan blaus dalam koleksi terbaru mereka yang pastinya memikat hati.
Menariknya, busana anggun ini menampilkan motif bercorak batik Borneo yang menyerlahkan lagi keanggunan si pemakai yang mementingkan keselesaan.
Bertemu dengan Ketua Pegawai Operasi Jameqha, Rafidah Yahya @ Hashim, 47, idea untuk menghasilkan jenama itu datang selepas dia mula berhijab lima tahun lalu.
"Saya gemar memakai jaket semenjak dari dulu lagi. Selepas saya berhijab, saya masih memakainya. Kadangkala, kita memakai tudung yang sedikit singkat atau pendek, jaket berjaya menutup dada.
"Tetapi, timbul satu perkara yang membuatkan saya kurang selesa kerana material jaket itu sendiri yang kebanyakannya dihasilnya dengan fabrik yang sedikit tebal.
"Selepas itu, idea untuk menghasilkan busana yang boleh menjadi pengganti jaket tercetus dan saya muncul dengan jenama Jameqha. Istimewanya jenama ini ialah saya menghasilkan sesuatu yang mempunyai keunikan tersendiri dan menampilkan corak etnik seperti batik Borneo.
"Apa yang penting, ia senang digayakan. Hanya sarungkan sahaja, penampilan akan berubah menjadi lebih elegan!" kata Rafidah yang turut memperkenalkan wajah untuk koleksi baru mereka, Amy Nur Tinie.
Amy merupakan seorang pengacara program Tumit Tinggi di TV1, seorang model dan juga penyandang tempat kelima dalam pertandingan Miss Eco International 2019 yang berlangsung di Mesir baru-baru ini.
Ketua Pegawai Operasi Jameqha, Rafidah Yahya @ Hashim
Menjual jenama pakaian ini menerusi platform atas talian di laman web sendiri, www.jameqha.com dan portal membeli belah Zalora, Jameqha juga kini boleh didapati di butik atas talian yang berpangkalan di London, Modestrove semenjak Mei lalu.
"Modestrove menawarkan pelbagai jenis dan jenama pakaian sopan di London. Mereka berkenan dengan variasi busana yang Jameqha tawarkan, lebih-lebih lagi fabrik dengan corak etnik batik Borneo.
"Saya melihat ini sebagai permulaan yang sangat baik untuk menembusi pasaran antarabangsa. Secara tidak langsung, jenama ini menjadi duta kecil yang mewakili Malaysia untuk peminat fesyen di luar sana.
"Pilihan saya untuk menampilkan 'ethnic wear' yang menonjolkan motif batik Borneo memang tepat kerana sekurang-kurangnya, Jameqha dapat memperkenal keunikan budaya tempatan di mata dunia," katanya lagi.
Foto: The Loft Studio Asia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Usah Jadi Mangsa Fesyen Ikut Trend 'Old Money'

gempak
16/11/2024
14:25 MYT
Bersiar-siar di bawah panas terik matahari dengan memakai kemeja lengan panjang, baju panas (sweater) yang diikat di atas bahu, digayakan bersama seluar panjang slack dan kasut kulit.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Siti Saleha Kini Tunang Joshua Fitton

gempak
09/11/2024
12:25 MYT
Pelakon, Siti Saleha mendedahkan dirinya kini sudah bertunang dengan seorang pereka fesyen, Joshua Fitton.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Unitar