,
Gaya Hidup

Pesona Kaleidoskop Tulip Amsterdam, Ini 5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Di City Of Canals

Gempak
08/07/2023
11:53 MYT
Terusan yang indah, kawasan dipenuhi dengan bangunan bersejarah dan rumah bot, mempunyai pelbagai muzium terkenal di dunia, antara mercu tanda bagi Amsterdam!
Apa yang istimewanya tentang Amsterdam, ia adalah bandar yang paling mesra basikal di dunia, sehingga menjadi antara pengangkutan utama bagi masyarakat di sana. Penulis berpeluang untuk ke Amsterdam pada Mac lalu, ini lima perkara menarik yang patut anda buat ketika musim bunga di sana:
  1. Nikmati keindahan bunga Tulip!
Apa yang menarik perhatian ketika musim bunga sudah tentu tanaman bunga tulip yang luas di Amsterdam.
Bulan Mac dikenali sebagai ‘shoulder season’ di Amsterdam sama seperti bulan September. Ia biasanya musim paling digemari oleh pelancong untuk singgah di kota terbabit untuk bercuti kerana faktor cuacanya yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu dingin.
Sepanjang di sana, penulis sempat merasai cuaca sekitar 2 hingga 10 darjah selsius bersulam hujan sesekali. Namun, hal itu tidak membantutkan percutian kerana ada banyak lokasi menarik untuk diteroka.
Salah satunya ialah syurga tanaman bunga tulip, The Flower Route (Bollenstreekroute) dan Keukenhof Gardens! Dua destinasi popular jika anda menyukai bunga tulip.
Keukenhof terletak berdekatan Lisse, Kawasan seluas 32 hektar ini mempunyai taman tema dan pameran sejarah , ladang kecil dan kawasan tanaman botanis muda. Di dalamnya, anda akan melihat barisan bunga tulip yang yang terbentang luas, bersama dengan deretan gondok, crocus, dan daffodil.
Untuk melihat lebih banyak tulip saya menyarankan untuk ke sana pada 23 Mac hingga 21 Mei (musim bunga) kerana disana akan diadakan Festival Tulip. Musim bunga di Belanda bermaksud kita akan dapat melihat pemandangan berwarna-warni lebih 700 jenis tulip dan boleh melihat kemeriahan warna tulip sepanjang musim.
  1. Berjalan sekitar terusan
Selain itu, penulis amat terpesona dengan beberapa kawasan bukan tumpuan pelancong seperti di Jordaan. Kota Amsterdam yang bertali arus dengan ratusan terusan yang menjadi sebahagian daripada nadi penduduknya.
Banyak masa kami habiskan dengan menyelusuri laluan air yang indah di bandar ini.
Apa yang lebih menarik pelancong dapat meneroka muzium dan geleri seni dengan dengan menggunakan pelancongan bot atau teksi air. Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan apabila melihat keindahan bangunan lama dan bersejarah dengan menggunakan laluan air.
Jangan lupa untuk menabadikan potret sebagai kenang-kenangan di Grachtengordel. Kawasan ini anda akan dapat lihat banyak jambatan kecil dan rumah lama yang dibina 400 tahun dahalu yang unik senibinanya.
  1. Houseboat
Satu lagi perkara menarik tentang bandar empunyai populasi seramai 873,000 orang yang meliputi kawasan seluas 219.3 km² ini adalah menginap di houseboat. Walaupun penulis tidak berpeluang untuk mencuba tetapi saya dapat meilhat sendiri kawasan dan pelancong luar datang menginap.di kawasan yang mempunya lebih 2,500 houseboat untuk disewa.
Selain itu, anda boleh melawat rumah perlindungan haiwan dan kedai cenderamata yang dikenali sebagai Catboat – De Poezenboot La Barca dei Gatti. Ada juga restoran dan kafe dibuka dengan menggunakan houseboat.
  1. Hayati seni bina unik & pelbagai muzium
Kota Amsterdam sepertimana usianya menjangkau ratusan tahun kaya dengan seni bina dan arkitektur yang unik dan tersendiri.
Beberapa lokasi yang penulis sarankan anda singgah jika berada di Amsterdam ialah Rijksmuseum, Muzium Van Gogh, Anne Frank House, Muzium Moco serta beberapa lokasi tarikan pelancong lain seperti Madame Tussauds yang baru saja menempatkan patung lilin Rihanna serta Ripley’s Believe It Or Not.
  1. Penginapan easy access!
Penulis rasa amat bertuah kerana amat mudah untuk mendapatkan penginapan disana. Dengan hanya menggunakan aplikasi Airbnb pencarian penginapan amat mudah dan menigkut bajet, keperluan dan kapasiti jumlah pelancong.
Melalui aplikasi ini juga, penulis dan hos dapat mengenali dengan satu sama lain melaluii profile yang tertera, ulasan peribadi daripada pelancong lain dan mempunyai pengedahan yang diiktiraf oleh pelancong dan aplikasi itu sendiri.
Saya juga dapat respon yang cepat apabila hos memberi maklum balas dengan cepat dalam masa 24jam ia memudahkan saya untuk memilih penginapan mana yang terbaik buat percutian saya. Kalau korang nak tengok unit Airbnb yang kami inap, boleh klik di sini.
Sewaktu di sana, hos saya bernama Tomas berada di unit menanti saya dan rakan-rakan tiba bagi menyerahkan kunci dan dihari terakhir juga Tomas datang bertemu kami untuk mengucapkan selamat tinggal. Kawasan rumah yang selesa untuk menginap ditengah-tengah kota Amsterdam memudahkan pergerakan kami untuk ke destinasi lain.
Bagi anda yang tercari-cari penginapan untuk melancong, saya menyarakan untuk menggunakan applikasi Airbnb. Hanya memerlukan beberapa langkah mudah ; layari laman sesawang/gunakan aplikasi, daftar masuk sendiri, anda terus boleh boleh simpan penyenaraian yang digemari ke dalam senarai kegemaran.
Setelah mengenal pasti penginapan yang ingin ditempah anda boleh melihat tentang hos anda, baca ulasan tetamu terdahulu. Kemudian terus klik pada tempahan dan siap sedia untuk bercuti. Anda juga boleh menghubungi Airbnb pada bila-bila masa untuk mendapatkan sokongan tambahan.
Kredit foto: Unsplash
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar