,
Laman Utama

“Perut Pun Tak Turun Lagi…”- Hamil 38 Minggu, Madammu Tiada Tanda Bersalin?

Syafiqah Jalal
02/06/2023
05:43 MYT
Usahawan kosmetik popular, Eriyca Baiduri atau mesra dengan panggilan Madammu mengesahkan kehamilan pertamanya kini sudah berusia 38 minggu.
Namun Madammu tertanya-tanya mengapa sehingga kini dia masih belum ada tanda-tanda hendak bersalin sedangkan tinggal dua minggu lagi hendak melahirkan zuriat sulungnya yang digelar sebagai Baby A.
“38 weeks Pregnant! Tiada Braxton hicks (kontraksi palsu), Perut pun tidak turun lagi, Adakah itu tanda tanda Baby A lambat lagi nak keluar?” tanyanya.
Pengasas Noir & Beauty itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Dalam hantaran yang sama Madammu memuat naik fotonya ketika sesi penggambaran program terbaharunya Diari Madammu yang bakal disiarkan di Astro Ria mulai 3 Jun ini.
Perkongsian itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata daripada kaum wanita yang mempunyai pengalaman hamil.
“Anak sulung biasanya dekat 40 minggu baru bersalin...saya 39 minggu 4 hari..,” komen salah seorang pengikutnya.
“Baby syok duduk dalam perut mummy,” jangka salah seorang warga maya.
“Tahun lepas saya pun macam tu madam..sebab baby besar..semoga dipermudahkan urusan bersalin madam,” kongsi seorang warga maya.
Pengasas Noir & Beauty itu bakal muncul dalam Diari Madammu yang bakal bersiaran bermula pada 3 Jun ini di Astro Ria setiap hari Sabtu jam 10 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”

gempak
13/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.
Hiburan

“Jangan Sentuh Perut Tanpa Kebenaran” - Tyra Kamaruzzaman Kurang Selesa, Ada Individu Suka Hati Datang Pegang Baby Bump

gempak
04/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman akui kurang selesa dengan tindakan segelintir orang awam yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.
Hiburan

“Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu

gempak
03/09/2024
13:12 MYT
Teka-teki netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil.
Hiburan

Dituduh Mandul & Diganggu Semasa Proses IVF, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Keluarkan Bukti - “Aku Bukan Tak Boleh Bagi Waris..”

gempak
02/09/2024
06:55 MYT
Tidak tahan dituduh mandul oleh segelintir pihak, isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina Jamari tampil memuatnaik bahan bukti.