,
Laman Utama

Perubahan Wajah Isteri Tajul Ariff Jadi Perhatian - “Saya Yang Suruh Sendiri…”

Asyikin Mayudin
05/04/2023
03:50 MYT
Perubahan wajah isteri kepada penyanyi Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie yang kelihatan lebih cantik menarik perhatian netizen di laman sosial.
Menurut Tajul, dia sendiri yang meminta isterinya untuk pergi ke klinik estetik untuk melakukan beberapa rawatan melibatkan wajah.
Malah bagi Tajul, perkara itu normal memandangkan isterinya tidak pernah membuat sesuatu perkara yang tidak disukai atau tanpa pengetahuannya.
“Pada saya, benda itu (perubahan) normal la. Saya yang suruh sendiri… benda itu pada saya okay la sebab saya yang suruh.
“Dia tak pernah buat benda yang saya tak suka atau dia buat tanya pengetahuan saya. Semua itu atas kehendak saya,” kata Tajul kepada Gempak.
Tajul ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama syarikat pengurusan artis FMC di Hotel Tenera, Bangi, pada malam Selasa.
Terdahulu, biarpun ada yang memuji perubahan itu namun terdapat segelintir netizen yang menegur tindakan isteri Tajul melakukan rawatan ‘nose lifting’ di sebuah klinik estetik.
Menurut netizen, tindakan itu seperti mengubah bentuk muka di mana penceramah terkenal Ustazah Asma, pernah berkongsi hukumnya adalah haram.
Untuk rekod, Tajul berkahwin dengan Nurul Shamieza pada 10 Disember 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kahwin Ketika Usia 19 Tahun, Tajul Arif Kongsi Tips Untuk Rumah Tangga Bertahan - “Kena Bersiap Sedia Tiga Perkara Iaitu…”

gempak
11/04/2023
06:50 MYT
Semoga Tajul dan isteri kekal hingga ke jannah.
Laman Utama

Cermin Almari Pecah, Isteri Trauma Lihat Tangan Tajul Tersusuk Kaca - “Ya Allah Koyak Betul I Tengok Macam Tu…”

gempak
20/12/2022
07:25 MYT
Semoga cepat sembuh!
Laman Utama

Makin Galak Berlakon, Tajul Elak Babak Bersentuhan Dengan Perempuan - "Bukan Takut Bini, Tapi ..."

gempak
27/10/2022
02:55 MYT
Baguslah kalau Tajul fikir begitu...
Laman Utama

Mengusung Rindu Dirakam Semula Versi Orkestra, Tajul Rasa 'Semangat' Arwah Achik Ada Bersama

gempak
05/08/2022
08:55 MYT
Mengusung Rindu 2022 dinyanyikan semula oleh Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan.
Laman Utama

"Kami Beraya Tanpa Kehadiran 2..." - 12 Tahun Achik Spin Pergi, Tajul Rindu Arwah Abang

gempak
08/05/2022
01:50 MYT
Tajul rindu arwah abang