,
Laman Utama

Pertama Kali Tampil Dengan Genre Pop Reggaeton, Shiha Zikir Puas Hati!

Asraf Aided
20/08/2021
10:31 MYT
Penyanyi berbakat, Shiha Zikir baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Irama.
Menurut Shiha, dia sangat berpuas hati dengan lagu genre reggaeton pertamanya itu.
"Untuk lagu ini, saya rasa puas sangat, walaupun ia kedengaran lebih kurang seperti single AEWO saya sebelum ini, tetapi ini adalah lagu genre reggaeton pertama saya.
"Pada mulanya, saya mahu menghasilkan lagu balada terlebih dahulu, tetapi berubah fikiran selepas mendengar demo lagu ini, pertama kali dengar saya terus mahu.
"Inilah yang dikatakan rezeki untuk bekerjasama dengan tiga komposer iaitu Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves. Kami bekerjasama dengan baik, saya suka input daripada generasi muda kerana idea mereka lebih segar," katanya kepada Gempak.
Single Irama adalah hasil kerjasama label yang menaungi Shiha, Todak Music bersama Alternate Records & Talents.
Shiha yang juga seorang pelakon dan pengacara berharap single Irama mampu menggembirakan pendengar terutamanya ketika mengharungi detik sukar pandemik.
"Ketika musim pandemik ini, saya mahu sebarkan perkara positif kepada orang ramai, perkataan 'Irama' itu sendiri kita sudah tahu, kebiasaannya kalau kita mahu rasa gembira, kita akan dengar lagu.
"Saya harap lagu catchy seperti ini dapat membuatkan pendengar gembira dan kekal positif ketika pandemik ini.
"Walaupun saya sendiri sangat sensitif dengan keadaan sekarang, tapi macam manapun kita perlu teruskan kehidupan dengan bersemangat dan fikiran yang positif," tambahnya.
Kata Shiha, antara perkara berbeza ketika menghasilkan lagu ini adalah rakamannya dilakukan pada waktu siang.
Ia merupakan pengalaman baru untuk dirinya kerana dia lebih selesa merakam lagu pada waktu malam sebelum ini.
"Pengalaman yang best ketika menghasilkan lagu ini adalah rakamannya dilakukan pada waktu siang.
"Biasanya sebelum ini, saya tak pernah rakam single pada waktu siang sebab saya selesa lakukannya malam. Saya rakam lagu ini selepas makan tengahari, ketika itu juga SOP memerlukan segala urusan pekerjaan disiapkan sebelum pukul 8 malam," katanya menutup bicara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.