,
Berita

Pertama Kali Sarkas UK Datang Kelantan, Hanya Ahli Sarkas Lelaki Dibenarkan Perform!

Gempak
19/10/2024
05:55 MYT
Great British Circus bakal memukau penonton di Aeon Mall Kota Bharu, Kelantan dengan pertunjukan sarkas pertama seumpamanya dipersembahkan oleh ahli sarkas lelaki sahaja.
Menurut kenyataan media, pertunjukan ini "disusun khas" untuk negeri ditadbir PAS itu, di mana hanya ahli sarkas lelaki dibenarkan membuat persembahan secara langsung sejak peraturan itu dikuatkuasakan pada tahun 2002.
Salah seorang pengasasnya, Biliana Kirilova berkata mereka telah berusaha untuk menghasilkan ahli sarkas lelaki mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh negeri tersebut.
"Kami telah bekerja keras untuk menghasilkan pertunjukan ahli sarkas lelaki ini yang mematuhi garis panduan peraturan negeri dan berbesar hati dapat membawa Great British Circus dalam bentuk yang dapat dinikmati oleh semua penduduk di sini.

"Salah satu matlamat kami adalah untuk memastikan sarkas ini dapat disaksikan oleh sebanyak mungkin orang, termasuk mengambil kira pelbagai lapisan masyarakat dari segi bahasa, budaya, agama dan latar belakang ekonomi," tambahnya.

Kirilova berkata, bagi menjayakan pertunjukan ini, lebih ramai ahli sarkas lelaki ditambah dalam pertunjukan dengan aksi terbaru akan tetap memukau dan memberikan keseronokan serta hiburan kepada penonton.
Pertunjukan harian bakal diadakan dari 16 Oktober hingga 17 November.

BERITA TRENDING: Demi Janji, Raffi Ahmad Naik Helikopter Ke Sekolah Anak

BERITA TRENDING: Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

BERITA TRENDING: Saif Sulaiman Alami Demam Panas Hingga Masuk Wad, Syifa Melvin Mohon Doa - “Berkecai Hati Tengok Anak Ibu Lembik…”

BERITA TRENDING: "Tindakan Tembak Mati Anjing Liar Adalah Tidak Berperikemanusiaan" - Nashriq Ismail Sabri

Penerbit sarkas Great British Circus, Big Kid Entertainment (M) Sdn Bhd yang berpangkalan di United Kingdom, mempersembahkan pertunjukan sarkas di Malaysia sejak 2014, dan ini merupakan lawatan pertama mereka ke Kelantan.
Pada tahun 2002, Kelantan mengumumkan larangan penghibur wanita membuat persembahan secara langsung di hadapan penonton lelaki.
Selain itu band rock dan pop juga dilarang berbuat demikian.
Larangan untuk penghibur wanita hanya terpakai kepada mereka yang berusia lebih 12 tahun, manakala kanak-kanak daripada semua jantina masih dibenarkan membuat persembahan secara langsung untuk orang ramai.
Sumber: Malaysiakini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Raya Ilya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 4.7KG, Beri Nama Royal Abraham - “Alhamdulillah Kami Sihat Sahaja”

gempak
16/10/2024
07:25 MYT
Pelakon, Raja Ilya memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang merupakan bayi lelaki di Hospital King Edward, Australia pada pagi Selasa.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Cirit-Birit Sebelum Show, Shashic Syukur Kumpulan Sarkas Menang Minggu Keempat - “Memang Agak Teruk Juga Tapi…”

gempak
14/10/2024
06:55 MYT
Pelawak Shashic mengakui dia dan ahli kumpulannya, Sarkas iaitu Danial Zaini dan Acap S melalui fasa kesukaran pada minggu sebelum ini disebabkan tidak menerima sebarang ‘star’ daripada juri Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Sarkas Berjaya Rampas Semula ‘Gempak Superstar Of The Week’, Perjuangan Soda Pula Berakhir Pada Minggu Keempat

gempak
13/10/2024
20:55 MYT
Kumpulan Sarkas kembali mengambil semula gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’ minggu kelima Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.
Hiburan

Amir Masdi Lancar Album Kedua AM:PM, Rakam 12 Lagu & MV Di UK!

gempak
13/10/2024
18:29 MYT
Penyanyi terkenal, Amir Masdi melancarkan album kedua yang diberi nama ‘AM:PM’, selepas kejayaan album solo pertama berjudul ‘Amir Masdi’ tahun lalu habis terjual dengan tiga kali cetakan.
Viral

Terima Mesej Lelaki Nak Kenal, Cik Epal Dedah Siap Ada Wanita ‘Offer’ Jadi Madu - “Maaf, Aku Tak Nak Bermadu”

gempak
12/10/2024
21:55 MYT
Selepas bercerai dengan usahawan Pizza Waghu, Jofliam, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Cik Epal mendedahkan dia menerima banyak ‘lamaran’ daripada lelaki untuk berkenalan.
BorakSeeni