,
Hiburan

"Pertama Kali Mendaki Terus Naik & Sentuh Puncak" - Fizo Omar Tak Percaya Berjaya Tawan Kinabalu

Zulaikha Yusof
17/02/2020
02:40 MYT
Pelakon dan usahawan Fizo Omar berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 15 Februari lalu.
Fizo sendiri tidak menyangka dan percaya telah berjaya menghabiskan kembara terbabit dengan jayanya walaupun tanpa sebarang latihan.
Jelas pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar ini, dia membuat keputusan untuk bersama-sama mengikuti pendakian itu ketika dirinya masih dalam sesi penggambaran sebuah drama.
"Akhirnya saya buat! Puncak Gunung Kinabalu.
"Jangan tanya macam mana keadaan Abe Joe nak sampai ke puncak lebih 4,000 meter tu dan macam mana aku merangkak turun pulak.
"Seksa weh, ye lah dengan tak training tengah penggambaran drama #maaftakindah lagi ni lari tinggal set kejap.
"Lagipun Abe Joe ni bukan kaki hiking pun. Pertama kali hiking terus naik Kinabalu dan sentuh puncak. Aku sendiri pun masih lagi tak percaya ni.
"Seriously aku cakap aku takkan sampai kalau takda brother 2 orang ni yang dok push dan motivate aku all da way. Terima kasih sangat bro @qobin_mokhtar dan @boiynadz.
"Habis lagu dah dia nyanyi, kata-kata semangat untuk aku, tinggal lagi tak angkat aku naik ke atas je," tulisnya di Instagram (IG).

Finally i made it! . Peak of Mount Kinabalu ✅ Jgn tanya mcm mana keadaan abe joe nak sampai ke puncak lebih 4000 meter tu dan mcm mne aku merangkak turun plak.seksa weh, ye lah dgn tak training tgh shooting drama #maaftakindah lagi ni lari tggl set kjap.lagi pun abe joe ni bukan kaki hiking pun. 1st time hiking terus naik kinabalu n touch the peak.aku sendiri pun masih lagi tak percaya ni. . Seriously aku ckp, aku xkn sampai kalau xde brother 2 orng ni yg dok push n motivate aku all da way. Tqvm bro @qobin_mokhtar n @boiynadz . Hbs lagu dah dia nyanyi, kata2 semangat utk aku, tggal lgi x angkat aku naik ke atas je. . Byk lagi cerita aku nak share, nnti korang tggu full video di FB n youtube aku. . Bru je trn mlm td, jalan pun tak betul dah hari ni. . #KE7B #hiking #mountkinabalu #kinabaluview #vlogfizoomar

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fizo tidak terlepas meninggalkan komen memberi ucapan tahniah di samping turut sama bangga dengan kejayaan yang telah dicapai.
Fizo bersama beberapa orang pendaki lain memulakan perjalanan mendaki pada 14 Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Isteri Lalui ‘Bad Day’, Ini Cara Fizo Omar Pujuk - “Apa Yang Dia Buat Sangat Amazing”

gempak
27/05/2024
04:55 MYT
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi pengalaman berdepan dengan hari yang tidak begitu baik dan lancar buatnya.
Hiburan

“Memang Darjat Ibu Kena Tinggikan Daripada Sesiapa Pun” - Fizo Omar

gempak
27/02/2024
07:55 MYT
Fizo berpendapat doa ibu sangat penting.
Viral

Isu Pengikut Media Sosial Kurang Senang Dengan Mentua, Isteri Fizo Berpendapat – “Masuk Saja Alam Perkahwinan, Kita Tiada Pilihan”

gempak
18/02/2024
09:55 MYT
Fazeera beri pendapat mengenai mentua.
Laman Utama

"Sebelum Ini Saya Rasa Saya Hebat, Famous... Sebenarnya Saya Salah" - Fizo Omar

gempak
09/09/2023
15:49 MYT
Seramai 300 usahawan muda dan pemimpin organisasi bakal dilahirkan melalui inisiatif Innovative School of Management (ISM)
Laman Utama

Fizo Omar & Isteri Timang Cahaya Mata Perempuan Kedua - “Diberi Peluang Untuk Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Ibunya”

gempak
20/05/2023
00:54 MYT
Alhamdulillah tahniah!