,
Viral

"Persembahan Itu Haram Di Sisi Agama" - Agamawan Perjelas Hukum Persembahan Majlis Kahwin Ahya Rosli

Hanafis Haris
08/04/2019
11:17 MYT
Kecoh di sosial media berhubung klip video yang memaparkan aksi tarian keterlaluan di majlis perkahwinan model Ahya Ulumuddin Rosli, 32, atau Ahya bersama isterinya, Shahirah Sanusi, 27.
Aksi kurang sopan itu mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan netizen hingga ada yang mempersoalkan hukum persembahan berkenaan.
Sehubungan itu, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (UHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz, menerusi Sinar Harian tampil menjelaskan situasi sebenar mengikut pandangan Islam.
Menurutnya, persembahan itu disifatkan sebagai haram di sisi agama dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.
"Matlamat perkahwinan dah 'comel' tapi cara tu tak betul. Perkahwinan adalah sunah Nabi Muhammad SAW tetapi bila campur adukkan dengan benda haram, benda maksiat yang jelas hukumnya adalah haram.
"Malah tarian itu juga secara tidak langsung mengheret dosa kepada tetamu yang hadir," katanya.
Ahya sebelum ini menegaskan dia berhak memanggil siapa sahaja untuk membuat persembahan yang dibiayainya sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak.
“Persembahan itu sekadar hiburan sahaja untuk tetamu yang hadir,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.