,
Berita

Persatuan Haiwan Malaysia Tawar Ganjaran RM3,000 Jejak Pelaku Lapah Kucing

Gempak
24/06/2024
18:25 MYT
Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran RM3,000 kepada saksi yang menyalurkan maklumat dan mengesahkan kejadian seorang lelaki melapah kucing di Pasar Meru, Klang, Selangor baru-baru ini.
Dalam hantaran menerusi laman Facebook pada Isnin, persatuan itu memaklumkan menurut sumber, pelaku disyaki seorang pekerja kedai makanan ringan di depan pasar berkenaan dan dipercayai tinggal di Batu Belah, Klang.
"Mengikut video yang baru diterima Persatuan Haiwan Malaysia, lelaki yang sedang melapah kucing ini dipercayai berbangsa Myanmar dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan pelat warga asing,” menurut hantaran berkenaan.
Persatuan itu memaklumkan satu siasatan menyeluruh berkaitan kejadian itu perlu dibuat bagi mengenal pasti kaedah yang digunakan untuk membunuh kucing berkenaan serta niat lelaki itu sama ada bertujuan untuk dijadikan makanan atau suka-suka.
"Sahabat, saudara, kenalan, jiran atau sesiapa sahaja yang pernah melihat lelaki yang sedang melapah kucing ini mohon salurkan maklumat lengkap kepada Persatuan Haiwan Malaysia (melalui WhatsApp) 014-6345464 supaya satu laporan rasmi dapat diajukan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes yang diyakini berlaku dalam Malaysia baru-baru ini,” menurut persatuan itu.

BERITA TRENDING: Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Cinta Seorang Cat Lover, Yayan Sanggup Habiskan Masa & Tenaga Selamatkan Kucing Jalanan

BERITA TRENDING: China Adakan Acara Untuk Kucing Cari Jodoh

BERITA TRENDING: Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

BERITA TRENDING: Comel! Kucing Ini Terima Ijazah Kehormat Doctor Of Litter-ature

Sumber: Bernama melalui Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

gempak
18/09/2024
15:55 MYT
Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.