,
Hiburan

Pernah Viral Nyanyi Lagu Ziana Zain, Ayish Malkan Kini Bergelar Penyanyi & Lancar Lagu Pertama - "Cinta Dicintai Sentuh Sanubari..."

Amri Hassan
17/07/2024
18:48 MYT
Hanya kerana video nyanyiannya tular, nama Ayish Malkan akhirnya dikenali oleh sebahagian besar peminat. Itu rezeki terpijak yang dilalui olehnya kurang dua tahun yang lalu saat namanya tular selepas menyanyikan lagu Ziana Zain sehingga tular di platform TikTok.

BERITA TRENDING: “Ayish Boleh Menyanyi, Tapi…” - Ziana Zain Puji Bakat Ayish, Mahu Lihat Wanita Itu Sukses

Bagi Ayish, kenangan tersebut tidak mungkin terpadam dalam ingatan memandangkan peminat mula mengenalinya setelah video berkenaan mendapat respons luar biasa daripada peminat.
“Sebetulnya saya hanya hadir ke sebuah acara jelajah sebuah stesen radio. Mereka minta pengunjung untuk naik ke pentas menyanyikan lagu 90-an. Disebabkan jumlah ada peserta yang lupa lirik dan sebagainya, mereka cari ganti.
“Tiba-tiba sahaja kawan-kawan menjerit nama Ayish dan saya diminta naik ke atas pentas. Memang saya ‘tapau’ lagu Setiaku Di Sini nyanyian asal Ziana Zain. Saya memang minat sangat dengan penyanyi tersebut dan tak sangka pula dapat sambutan baik,” kata anak kelahiran Kuantan, Pahang membuka cerita.

BERITA TRENDING: Buat Tribute 3 Dekad Tahap Nak Rompak Lagu, Misha Omar: "Dulu Semua Nak Jadi Ziana Zain"

Kenangan terindah

Menariknya, ada dalam kalangan peminat merakam video dan akhirnya tular di TikTok. Paling tak disangka, video yang mendapat jutaan tontonan sehingga dia diundang oleh beberapa program hiburan stesen TV termasuklah menjadi tetamu jemputan untuk program Meletop.
Menganggap itu merupakan rezeki buat orang biasa sepertinya, Ayish tidak dapat melupakan kenangan apabila mendapat tepukan gemuruh daripada peminat saat mula menyanyi dalam acara berkenaan.
“Baru nyanyi sebaris tapi peminat dah bersorak dan beri tepukan. Sampai habis menyanyi pun mereka masih menjerit keriangan bila mendengarkan suara saya. Itu memang kenangan paling indah dalam hidup ini.
“Saya gembira apabila membacakan komen daripada peminat. Mereka memberikan kata-kata positif dan suka dengan nyanyian. Itu sudah cukup menambahkan semangat untuk bergelar penyanyi,” tambahnya yang pernah menyertai Konsert Jelajah Suria 90-an anjuran stesen radio Suria FM sebelum ini.

BERITA TRENDING: "Saya Tak Pernah Anggap Diri Saya Terbaik" - Misha Omar

Single baharu Cinta Dicintai

Terkini, Ayish baru sahaja tampil dengan single baharu berjudul Cinta Di Cintai yang baru sahaja dilancarkan pada 12 Julai yang lalu.
Menggunakan sepenuhnya khidmat Man Senoi sebagai penerbit naskhah ini, ia adalah gabungan idea NurRasa dan Sheikh Qalam yang bertindak selaku penulis lirik dan komposer yang diterbitkan oleh Fillea Music X Sony Music Malaysia.
Jelasnya, dia terbuka hati menerima tawaran menyanyikan Cinta Di Cintai kerana lagu balada ini mengandungi bait-bait lirik yang puitis dan menyentuh sanubarinya selain melodi indah yang susun dengan baik.
“Saya gembira apabila dapat bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang muzik. Banyak ilmu baharu yang diperoleh saat mula masuk ke studio rakaman. Setiap patah perkataan mempunyai maksud dan perlu disampaikan dengan cermat.
“Untuk video muzik pula telah dilaksanakan di Jakarta, Indonesia. Ini juga adalah pengalaman pertama saya dan dapat bekerja dengan kru berpengalaman. Sudah tentu semuanya dilakukannya sebaik mungkin untuk memberi kepuasan kepada pendengar,” katanya yang mengimpikan untuk berduet bersama Ziana Zain ataupun Misha Omar.

Impi duet Ziana Zain dan Misha Omar

Jelasnya, kedua-dua mereka mempunyai aura dan karisma tersendiri dan sangat dihormati oleh rakyat Malaysia. Dia juga sangat mengagumi cara mereka berdua menyanyi yang membuatkan dia senantiasa ternanti-nantikan buah tangan terbaru daripada mereka.
“Saya mahu menjadi seperti mereka satu hari nanti. Semoga Cinta Dicintai juga akan mampu membawa nama saya ke persada muzik tanah air seterusnya menjadi seperti mereka,” kata Ayish yang mengharapkan lagunya diterima baik oleh peminat.

BERITA TRENDING: Misha Omar Terkejut Lagu Miliknya Usia 16 Tahun Masuk Carta ERA: “Ada Saja Jalan Allah Bagi…”

Cinta Dicintai telah pun dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai disemua pelantar digital. Video muzik pula boleh ditonton melalui YouTube Sony Music VEVO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.