,
Viral

Pernah Tular Hidap Penyakit Kanser Mata Tahap 4, Adik Alisa Umairah Disahkan Meninggal Dunia

Umirah Halim
13/11/2024
15:55 MYT

Adik Alisa Umairah yang baru-baru ini tular kerana menghidap penyakit kanser mata tahap 4 disahkan telah meninggal dunia pada malam Rabu, hari ini.

Meninggal dunia

Perkara tersebut dikongsikan oleh radio Era menerusi satu hantaran di laman Instagram mereka.

Sebelum ini, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein turut hadir turun padang bagi menunggu perkembangan adik Alisa Umairah yang berada di ICU.

Alisa juga dilaporkan dalam keadaan kritikal dan hanya bergantung pada alat pernafasan.

Terdahulu, tularnya kisah mengenai adik Alisa yang bebas dari kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh ‘cycle’ kimoterapi.

BERITA TRENDING: Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan

BERITA TRENDING: Netizen Buat Perbandingan, Dakwa Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ Seakan OST ‘Syurga Yang Tak Dirindukan 2’?

BERITA TRENDING: Selalu Sangat ‘FYP’, Netizen Anggap Fattah Amin Dah Hilang Nilai Eksklusif - “Sekarang Ini Terlalu Awam, Mana-Mana Dia Saja”

Difahamkan, adik Alisa telah didiagnos menghidap kanser mata ketika berusia setahun.

Kisah adik Alisa ini mula mendapat perhatian apabila bapanya iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya itu gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan daripada rawatan kimoterapi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar