,
Laman Utama

Pernah Tiada Show Setahun, Naik Lori, Konsert Exists X Orkestra Hampir Lengkapkan Kembara 32 Tahun Exists

Maliah Surip
16/09/2023
07:50 MYT
Duduk semeja dengan enam orang anggota Exists iaitu Ajai, Along, Musa, Ezad, Mamat dan Ujang usai majlis pelancaran Konsert Exists X Orkestra yang dijadual berlangsung pada 22 Disember 2023 membawa mereka mengenang kembara dan sepak terajang kumpulan tersebut.
Memasuki usia 32 tahun — dengan bergelumang dalam belantika muzik sejak remaja, menjadi terkenal lewat karya fenomena seperti Untukmu Ibu pada awal tahun 90-an sehingga kini meniti usia 40-an, Exists punya segudang cerita tentang perjuangan mereka.
Ia antaranya bukan sekadar saat dipuja tetapi juga pernah melewati fasa tiada pekerjaan yang langsung tidak membuat mereka berasa Exists berkubur.
“Kita ingat pernah tak ada show selama setahun,” kenang Along sebelum disambut Ajai: “Ya kita juga pernah pergi show naik lori sebab tak ada duit. Makan meggi setahun pun sudah rasa.”
Sebelum disambut Musa: “Pernah kena tipu. Pernah juga balik show hanya terima tidak sampai RM50 seorang.”
Namun semua kepayahan itu tidak sesekali mematahkan semangat Exists. Lapan buah album dengan yang terakhir Paragon (2004) terisi karya-karya mantap sekaligus membuat Exists terus wujud.
Dan tidak disangka Exists pada tahun ini dihujani pelbagai tawaran persembahan sehingga ke Singapura dan Indonesia.
Menuju penghujung tahun, Exists memperkemaskan langkah apabila pertama kali bakal beraksi dalam konsert istimewa iaitu Konsert Exsists X Orkestra yang dibawakan oleh Persatuan Global Malaysia.
Bakal dilaksanakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023, Exists X Orkestra akan menyaksikan kugiran ini bergabung dengan lebih 30 pemain orkestra penuh.
“Exists sendiri sangat teruja untuk melakukan konsert Exists X Orkestra kerana kami tidak pernah membuat persembahan seperti ini sebelumnya.
“Bunyian akan lebih ‘mewah’ dan ada banyak lagu yang boleh dikemas semula bersama orkestra. Apa yang pasti semua lagu yang bakal dibawakan nanti bersifat sing along,” ujar Ezad.
Meski teruja dengan projek yang belum pernah dibawakan seumpamanya sebelum ini, Exists menyimpan rahsia siapakah pengarah muzik dan orkestra yang akan berada satu panggung sekaligus menjadikan ia momen terbaik pada konsert tersebut.
Dan hal yang lebih penting buat Exists bersama penganjur adalah sekitar 10 peratus kutipan harga tiket akan disalurkan kepada pihak persatuan Karyawan bagi membantu golongan artis yang memerlukan.
“Ini bukan sekadar konsert tetapi kami mahu peminat berhibur sambil beramal apabila 10 peratus duit tiket akan disalurkan kepada Karyawan untuk membantu rakan artis yang memerlukan. Ini matlamat kami,” ujar Pengarah Program Persatuan Global Malaysia, Mohd Roslan Mohd Rafi.
Tiket-tiket berharga bermula RM 568, RM 468, RM 368, RM 268 dan RM 168 dan boleh dibeli menerusi laman sesawang Www.MyTicket.Asia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.