,
Laman Utama

Pernah Terbeban Hutang 6 Angka, Bekas Jururawat Ini Bangkit Melalui Bisnes!

Amri Hassan
08/11/2021
11:20 MYT
Bebanan hutang hingga enam angka tidak menghalang pengasas jenama Faith Fleur dan juga Leaf, Siti Mariam Abdul Samad dan suami, Mohamad Abdul Halim Bahadorisam untuk bangkit dan berjaya mengubah kehidupan mereka.
Menurut Pemilik Ctymary Resources Sdn. Bhd., Siti Mariam, perubahan tersebut tidak datang begitu saja sebaliknya memerlukan kesungguhan dan tindakan yang berterusan mengikut ilmu serta strategi yang terbukti berkesan.
Katanya, tanpa ilmu dan bimbingan mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman mungkin beliau masih belum berada pada tahap mencapai jualan jutaan ringgit setahun.
"Saya bersyukur kerana bukan saja dapat mengubah kehidupan keluarga sendiri malah ribuan orang terdiri daripada suri rumah, pekerja awam mahupun swasta, graduan yang menjadi ejen Faith Fleur mampu menjana pendapatan.
"Dalam Faith Fleur yang memasuki tahun kelima, kami sudah melahirkan beberapa usahawan mencapai jualan jualan lebih RM1 juta setahun dan ramai lagi yang bakal menyusul, Insya Allah," katanya ketika ditemui dalam program Jerayawara Jutawan Wanita di Shah Alam baru-baru ini.
Jerayawara Jutawan Wanita bersempena program Wanita Bangkit Berniaga hari ini juga menerima kunjungan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun; Pengarah Eksekutif RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International), Hasnita Ahmad serta Pengasas Bersama Faith Fleur, Mohamad Abdul Halim.
Wanita Bangkit Berniaga merupakan kolaborasi strategik bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dilancarkan pada 21 Oktober lalu oleh Rina akan diadakan pada 26 - 28 November menyediakan peluang bagi golongan wanita di negara dibimbing malah mulakan perniagaan.
Tambah Siti Mariam, jika beliau dan suaminya mampu merubah kehidupan menjadi lebih baik dan dapat selesaikan bebanan hutang yang tinggi, tak mustahil juga bagi anggota masyarakat di luar sana.
Dalam pada itu, Rina memberitahu, beliau sangat teruja melihat usahawan jutawan seperti Siti Mariam dan pasangannya yang berjaya bangkit mengubah bukan saja kehidupan sendiri malah ramai keluarga lain.
"Sumbangan mereka bukannya kecil, sebaliknya begitu signifikan kepada institusi kekeluargaan di negara dengan memberikan peluang pekerjaan di samping menjana pendapatan sebagai seorang usahawan.
"Mereka ini boleh dijadikan sebagai ikutan dan inspirasi kepada orang ramai terutama golongan wanita yang mahu bangkit dan ubah kehidupan menjadi lebih baik dari sekarang," jelasnya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web wanitabangkitberniaga.com
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.