,
Laman Utama

Pernah Simbah Petrol Pada Badan Akibat Depresi, Karl Shafek Mahu Didik Orang Ramai Tentang Kesihatan Mental - “Saya Harap Yang Struggle Macam Saya Akan Pulih”

Izwan Isa
09/11/2021
05:50 MYT
Sudah hampir dua tahun pengacara dan pereka fesyen streetwear, Karl Shafek bertarung dengan diri sendiri selepas mengalami masalah mental sehingga menyebabkan depresi.
Sungguhpun diuji sedemikian rupa, namun, Karl sentiasa positif dan ampuh dalam meneruskan kehidupan di samping melestarikan kerjayanya dan bidang seni dan fesyen.
“Alhamdulillah, kalau nak ikutkan keadaan saya semakin pulih. Walaupun saya masih perlu makan ubat sejak mengalami masalah berkenaan sekitar dua tahun lalu, namun saya tidak pernah alami insiden-insiden pelik seperti dulu.
“Tambahan pula, saya masih lagi mengikuti sesi kaunseling yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. Saya berasa gembira kerana telah nampak perubahan pada diri sendiri,” katanya kepada Gempak.
Karl ditemui pada acara pertunjukan fesyen Neonate Clothing di Kuala Lumpur Fashion Week 2021 yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Mengimbau kembali saat dirinya dibelenggu depresi, Karl berkata, ada beberapa perkara yang dilakukan ketika itu sehingga hampir meragut nyawanya sendiri.
“Saya bukanlah kata saya mahu bunuh diri, tetapi ketika itu saya seperti mahu mengakhiri rasa sakit. Sehinggakan, saya memandu kereta tanpa sedar dan menyimbah petrol pada badan.
“Tetapi, pada waktu itu, tiada sesiapa tahu melainkan keluarga dan teman rapat. Sehinggalah doktor yang merawat saya memberikan lampu hijau, baru saya berani bercerita dengan orang ramai,” katanya.
Ditanya pula tentang tanggapan orang ramai terhadap selebriti yang kerap terkait dengan masalah mental, Karl berkata: “Ramai yang kata mereka yang mengalami masalah mental ini suka mencari perhatian, tetapi bagi saya, tanggapan itu salah.
“Hal ini kerana, ada yang benar-benar disahkan menghidap masalah mental dan ada juga yang self-claim mengalami masalah berkenaan. Apa pun, saya harap yang struggle macam saya akan pulih,” katanya lagi.
Berkenaan dengan koleksi baharu Neonate Clothing, Karl berkata, koleksi berjudul Noir itu diinspirasikan daripada pengalamannya berperang dengan kesihatan mental, di samping kepayahan yang dilalui oleh rakyat Malaysia sewaktu negara di serang COVID-19.
“Selalunya, koleksi Neonate menampilkan warna-warna terang. Namun, disebabkan mengambil inspirasi daripada hal-hal yang ‘muram’ kami bercadang untuk menampilkan warna-warna gelap untuk koleksi kali ini.
“Saya harap agar setiap mesej yang ingin saya sampaikan melalui koleksi ini dapat diterima oleh penggemar fashion di luar sana,” katanya.
Menampilkan sebanyak 30 rekaan, koleksi Noir yang turut disokong oleh Kamya Glow dipersembahkan oleh barisan muse pilihan Neonate iaitu Nam Ron, Abdul Latif Romly, Sabronzo daripada kumpulan pop Dolla, Sissy Iman, Yonny Boii, jurusolek popular Bosco dan Aidil Maula.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Ummi Nazeera Bakal Jadi Wajah Fiziwoo? Ini Penjelasan Fiziwoo - “Ummi Merupakan..”

gempak
05/08/2024
11:55 MYT
Memperagakan busana daripada pereka fesyen terkenal Fiziwoo, pelakon Ummi Nazeera berjaya mencuri tumpuan penonton yang hadir di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 baru-baru ini.
Hiburan

Comel! Anak Perempuan Muncul Di KLFW 2024, Sharifah Sakinah Menjerit Beri Sokongan

gempak
31/07/2024
12:25 MYT
Anak kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Anais Adha mencuri tumpuan apabila muncul di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
Hiburan

Penaja Tarik Diri, Karl Shafek Tanggung Hutang RM500,000! - "Silap Saya Percaya Melayu Dengan Melayu"

gempak
12/02/2024
09:50 MYT
Pengacara dan cef selebriti Karl Shafek mendedahkan dia terpaksa menanggung hutang hampir setengah juta ringgit gara-gara penaja menarik diri saat akhir selepas pertunjukan fesyen bersama jenamanya, Neonate, akhir tahun lalu.
Laman Utama

Sejuk Hati MK Lihat Isteri Berjubah Turun Event - "Akaun Dosa Masuk Pada Saya"

gempak
06/09/2023
04:55 MYT
Siti Hajaar ke KLFW pun dengan memakai Abaya!
Laman Utama

Litar, Kenderaan Bermotor Nadi Ilham Koleksi Baharu Neonate X SVG

gempak
27/08/2023
14:50 MYT
Amazing!