,
Gaya Hidup

Pernah Setahun Lumpuh Akibat Kemalangan Ngeri, Ibu Hanim Tak Putus Asa Bantu Usahawan Untuk Berjaya!

Amri Hassan
31/12/2020
08:14 MYT
Tubuhnya dipenuhi besi dan skru... dari tengkuk sampai ke kaki akibat kemalangan ngeri pada tahun 1991.
Datuk Faridah Hanim Haron atau lebih mesra disapa Ibu Hanim pernah suatu ketika koma dan setahun lumpuh akibat kemalangan itu.
Namun, ia tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk bangkit membela nasib usahawan tempatan sekali gus membimbing untuk lebih berjaya.
Kata Ibu Hanim, kesakitan itu bukan halangan untuk menurunkan ilmu kepada orang lain.
"Kebanyakan usahawan di negara kita boleh bertahan hanya lima tahun. Peranan ibu adalah untuk menurunkan ilmu kepada para usahawan agar lebih bertahan lama dalam bisnes yang diusahakan.
"Ibu sendiri berpengalaman bekerjasama dengan beratus-ratus syarikat untuk membantu mereka, supaya lebih bertahan lama.
"Jadi, dalam keadaan negara kita diserang pandemik COVID-19, Ibu rasa seperti Ibu membiarkan anak-anak (usahawan) ‘lemas’.
"Ibu sanggup terlibat dalam program televisyen yang berkaitan usahawan. Itu salah satu langkah untuk ibu berdakwah dalam masa yang sama membantu mereka untuk terus bangkit," katanya yang terlibat dalam program televisyen realiti usahawan Legasi Perwira 2021.
Dalam rancangan tersebut, Ibu Hanim mencurahkan banyak ilmu keusahawanan kepada enam usahawan yang terpilih iaitu Leyna, De’Xandara, By Chefiza, Andorra Hospital, NFF Boutique Gallery dan Jamu Tun Teja.
"Bukan mudah untuk menyiapkan program ini, tapi semua itu dianggap Ibu anggap sebagai satu perjuangan. Ibu lawan sakit, lawan penat untuk menghasilkan program ini.
"Ibu sangat ingin menjayakan program ini kerana Ibu mahu lebih ramai lagi di seluruh Malaysia untuk tahu apa sebenarnya perjuangan kita (dalam bidang keusahawanan).
"Bagi ibu, keuntungan yang dibuat bukan hanya mencecah jutaan ringgit, tetapi perlu puluhan juta,” ujarnya yang menekankan pengisian program ini boleh menjadi inspirasi buat semua usahawan besar atau pun kecil.
Pelbagai petua atau tip dalam keusahawanan yang akan dikongsi oleh Ibu Hanim dalam program Legasi Perwira 2021.
Legasi Perwira merupakan sebuah program realiti usahawan yang memaparkan pendekatan Ibu Hanim dalam mendidik usahawan agar terus maju dan berkembang.
Dengan tagline Usahawan Nadi Negara, program ini akan menampilkan enam usahawan dari industri berbeza untuk berkongsi kisah inspirasi dan jatuh bangun mereka sebelum dan ketika menghadapi pandemik COVID-19.
Semuanya bakal dirungkai dalam program Legasi Perwira terbitan Annems Leadership Solutions dengan kerjasama District L.E Production.
Legasi Perwira akan disiarkan di TV AlHijrah pada setiap Jumaat, pukul 9 malam bermula 8 Januari 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar