,
Laman Utama

Pernah Ramal Langit Terbelah Tahun Ini, Paranormal Sensasi Indonesia, Mbak You Meninggal Dunia

Maliah Surip
01/07/2021
13:50 MYT
Paranormal sensasi Indonesia, Mbak You yang pernah mendakwa dirinya menikah dengan ular dilaporkan meninggal dunia siang tadi.
Media Indonesia melaporkan, paranormal itu meninggal dunia di Hospital Premiere Bintaro, Tanggerang Selatan, Banten selepas sejam dikejarkan ke sana. Meski demikian, pihak hospital belum memberi butiran lanjut mengenai penyebab kematiannya.
"Ya betul, Mbak You meninggal dunia di hospital selepas sejam dimasukkan ke sana," ujar salah seorang pekerja di saluran YouTube Mbak You, Yan Pratama Adhi.
Difahamkan, Mbak You diduga positif COVID 19. Yan bagaimanapun mengatakan belum boleh memberi keterangan rasmi mengenai punca kematian majikannya itu.
"Sebenarnya kita cari hospital dari semalam tapi semuanya penuh. Jadi tadi dapat masuk di sini, sejam kemudian disahkan meninggal dunia.
"Saya belum dapat pastikan kerana pihak hospital belum memberi keterangan. Adakah meninggal kerana COVID 19 atau penyakit lain," tambahnya lagi.
Oleh kerana pandemik COVID 19 juga, Yan menambah urusan jenazah Mbak You hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat.
Mbak You atau nama sebenarnya Euis Juwariyah Johana, lahir di Salatiga, Jawa Tengah pada 7 Mac 1974.
Dia menjadi terkenal dan menuai sensasi kerana kerap meramal fenomena masa depan para pak menteri dan selebriti yang terjadi di Republik tersebut.
Awal tahun ini, Mbak You sempat meramalkan Presiden Indonesia, Jokowi akan 'ditumbangkan' sehingga diancam untuk ditangkap.
Wanita itu juga percaya pandemik COVID 19 tidak akan berakhir di tahun ini kerana 'peralihan peradaban' dan meminta semua manusia dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu.
Tidak hanya itu, dia juga meramalkan tanpa mengira usia, ramai selebriti tempatan akan meninggal dunia.
Malah memetik laporan Suara.com, Mbak You sebelum ini sempat meramalkan banyak terjadi fenomena alam yang sangat dahsyat akan terjadi bermula Julai ini sehingga November 2021.
"Langit akan terbelah, banyak benda jatuh dari langit. Tanah bergerak seperti tanah runtuh di bukit dan pesisiran pantai sekaligus menyapu semua kediaman yang ada," ramalnya.
Kredit Foto: Insertlive
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.