Sukan
Pernah Menjuarai Pelbagai Pertandingan, Ini Profil Zhang Zhi Jie, Pemain Badminton China Yang Meninggal Dunia
Pemain badminton China, Zhang Zhi Jie dilaporkan meninggal dunia setelah rebah di gelanggang badminton ketika bersaing dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia (AJC) 2024 pada Ahad.
Berita sedih itu ternyata mengejutkan para atlet di seluruh dunia.
Berikut adalah profil mendiang Zhang Zhi Jie:
1.Zhang Zhi Jie merupakan salah seorang pelapis perseorangan lelaki yang dimiliki China sekali gus diharapkan boleh meneruskan legasi negara Tembok Besar itu setelah era Chen Long, Lin Dan, dan Shi Yuqi.
2.Zhang Zhi Jie lahir di Jiaxing pada 2007. Kemampuan Zhi Jie di arena badminton membuatnya masuk ke pasukan utama muda China pada 2023.
3.Zhang Zhi Jie membuktikan kebolehannya di pentas remaja dengan menjadi juara kategori B-15 tahun pada 2022.
4.Setelah itu Zhi Jie juga mengikuti pelbagai kejuaraan seperti Kejuaraan Badminton Remaja 2023, baik di kategori perseorangan mahupun beregu.
5.Pada Mac 2024 Zhang Zhi Jie menjadi juara dalam kategori beregu lelaki Kumpulan B dalam Kejuaraan Badminton Kebangsaan 2024.
6.Bukan sahaja di peringkat kebangsaan, Zhi Jie juga turut muncul di kejuaraan-kejuaraan luar negeri. Zhi Jie menjadi juara di Kejuaraan Junior di Belanda pada 2024.
7.Di Kejohanan Badminton Remaja Asia, Zhi Jie merupakan salah satu dari dua perseorangan lelaki China selain Wang Zi Jun.
8.Zhi Jie tidak digunakan saat China mengalahkan Hong Kong pada perlawanan pertama di fasa kumpulan, namun menjadi penentu kemenangan saat China menewaskan Singapura di perlawanan kedua.
9.Pada perlawanan dengan Jepun, yang merupakan perlawanan penentuan juara kumpulan, Zhi Jie tampil menghadapi Kazuma Kawano. Pada kedudukan 11-11, Zhi Jie terjatuh sehingga tertiarap di gelanggang.
Sumber: Stadium Astro
Must-Watch Video