,
Laman Utama

Pernah Jadi Pelakon Termahal Hollywood? Ini 5 Fakta Menarik Tentang Hero ‘Top Gun’ Tom Cruise!

Hanafis Haris
24/05/2022
08:06 MYT

Masih kekal kacak dan laris ketika usinya menjangkau 59 tahun! Itu kelebihan aktor Hollywood terkenal Tom Cruise.

Siapa sangka, di saat ini Tom Cruise masih rancak dan aktif berlakon menghasilkan karya-karya hebat.

Bukan watak sampingan tetapi masih kekal utuh sebagai hero!

Namun, pastinya banyak perkara yang kita tidak tahun tentang Tom Cruise bukan?

Gempak senaraikan beberapa fakta menarik tentang Tom Cruise!

#1 Anak Kepada Jurutera Elektrik!

Bapa kepada pelakon hebat ini iaitu Thomas Cruise Mapother III, merupakan seorang jurutera elektrik dan ibu Tom Cruise, Mary Lee (née Pfeiffer) pula bekerja sebagai guru pendidikan khas.

Tom Cruise juga mempunyai tiga adik perempuan iaitu Lee Anne, Marian, dan Cass.

#2 Hampir Menjadi Paderi

Tahukah anda, ketika di sekolah menengah, dia mengembangkan minat dalam lakonan dan meninggalkan rancangannya untuk menjadi paderi.

Tom Cruise nekad berhenti sekolah dan pada usia 18 tahun dia terus menuju ke New York untuk kerjaya lakonan.

#3 Pelakon Terbaik Golden Globe

Lakonan Tom Cruise bermula dengan sangat cemerlang apabila peranan sebagai pelajar sekolah menengah Joel Goodson menerusi filem Risky Business (1983) terus membuatkannya tercalon sebagai Pelakon Terbaik Golden Globe.

#4 Top Gun (1986) Kutipan Tertinggi!

Status bintangnya diperkukuh dengan Top Gun (1986) apabila filem tersebut meraih kutipan tertinggi pada tahun itu.

Tom Cruise membawakan watak juruterbang jet tentera laut dalam Top Gun!

#5 Bintang Hollywood Bayaran Tertinggi!

Kejayaan demi kejayaan membolehkan Tom Cruise setaraf dengan pelakon A lain.

Pada tahun 2012, Cruise dinobatkan sebagai pelakon dengan bayaran tertinggi Hollywood.

Tom Cruise mempunyai anggaran nilai bersih USD 550 juta ketika itu.

Apapun jangan lupa saksikan filem terbaru Tom Cruise, Top Gun: Maverick yang ditayangkan bermula 26 Mei.

Filem Top Gun: Maverick mengisahkan tentang Kapten Pete ‘Maverick’ Mitchell yang merupakan seorang pilot penguji pesawat yang handal.

Dia mendapat kenaikan pangkat kerana jasa setianya yang bertugas selama 30 tahun namun dia membawa diri kerana tidak mahu jawatan tersebut.

Tetapi pada suatu hari, dia dipanggil kembali dan diperintahkan oleh Ice Man untuk melatih graduan lulusan Top Gun untuk menjalankan sebuah misi khusus.

Dalam kalangan graduan yang mendapat latihan itu, salah seorangnya adalah anak mendiang Goose, iaitu Bradley ‘Rooster’ Bradshaw.

Bradley mempunyai dendam terhadap Kapten Maverick kerana kematian ayahnya.

Apakah yang berlaku selanjutnya, saksikan Top Gun: Maverick 26 Mei ini!

Dalam pada itu, anda juga boleh saksikan beberapa filem hebat Tom Cruise yang ditayangkan menerusi saluran Paramount di Astro.

  • Tayangan setiap Jumaat sepanjang Mei - Transformers: The Last Knight, XXX: Return of Xander Cage, Mission: Impossible - Ghost Protocol dan Aeon Flux.

  • Tayangan pada 21 & 22 May (430pm) - Aviation military marathon

  • Tayangan 22 Mei (7pm) - Mission: Impossible III, Mission: Impossible – Ghost Protocol , Mission: Impossible – Rogue Nation

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”

gempak
25/04/2024
23:55 MYT
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Hiburan

Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...

gempak
25/04/2024
08:25 MYT
Fuad pula keluarkan kenyataan.
Hiburan

Tom & Fuad Rahman Umum Nama Anak - “Wah Bapa Orang Singapura Ada Anak Malaysia”

gempak
19/03/2024
06:25 MYT
Wah sedap nama anak Tom & Fuad.
Hiburan

Netizen Minta Fuad Rahman Insaf & Ajar Anak Berzikir, Ini Respons Tom

gempak
10/03/2024
12:55 MYT
Alamak netizen ni...