,
Hiburan

Pernah Berkolaborasi Dengan Ruhainies, Aliff Syukri: “Dah Bayar Berpuluh Ribu Aku Nak Simpan Je Ke?”

Firdaus
14/05/2024
01:55 MYT
Jika sebelum ini pernah dikritik kerana bekerjasama dengan aktres kontroversi, Ruhainies, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya menjawab kepada segala persoalan netizen berhubung kolaborasinya bersama pelakon itu.

"Aku dah bayar berpuluh ribu aku nak simpan je ke?!

Jelas Aliff, kerjasama tersebut telah pun lama dibuat serta bayaran juga telah diberikan kepada Ruhainies.
“Masalah mereka (netizen) ni, aku yang bayar, aku yang guna, habis kalau aku dah bayar berpuluh ribu aku nak simpan je ke?!
“Kamu semua kena ada dekat tempat saya, pada saya, kalau masalah peribadi tu biarlah peribadi, dia saya dah bayar sebelum tu lagi takkan saya nak perap, nak buat belacan, nak buat budu?!
“Nak tunggu dia tua 80 tahun, dah beruban, gigi dah rongak baru aku nak keluarkan gambar? Fikir! Educated sikit!” luah Aliff.

Enggan Masuk Campur Masalah Peribadi

Dalam pada itu, Aliff turut menjelaskan dirinya bukan mengambil kesempatan terhadap masalah peribadi yang berlaku dalam kehidupan Ruhainies malahan hanya bertindak profesional atas dasar kerja.
“Masalah peribadi mereka, itu masalah mereka, bagi saya setiap orang tu ada destinasi mereka. Saya tak tahu masalah mereka secara mendalam, sebab saya berkawan dengan semua orang.
“Saya pernah bekerjasama dengan Bella Astillah, saya pernah bekerjasama dengan Ruhainies, bagi saya setiap orang ada saat jatuh dan naik.
“Jadi dari perspektif saya jangan menilai orang dari luaran. Saya pun tak nak besar-besarkan keadaan ni. Bila saya guna orang tu, ramai cakap saya ambil kesempatan, tak akan bila saya jumpa dia, saya dah baik dengan dia tapi gara-gara dia kontroversi saya bermasam muka dengan dia?” tambah Aliff lagi.
Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan perihal berikut ketika ditemui semasa majlis Memori Aidilfitri Terlajak Laris yang berlangsung di Glamhall Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.

BERITA TRENDING: “Tak Ada Monyet, Tak Ada Kera Macam Kami Ni Tak Ceria Malaysia” - Aliff Syukri

Terdahulu, usahawan kontroversi itu menjadi sasaran warganet apabila dirinya disifatkan sebagai seorang yang gila akan publisiti murahan kerana menggunakan Ruhainies untuk mempromosikan tas tangan rekaannya.
Selain dikritik, ada juga yang menyeru supaya memboikot barangan keluaran Aliff Syukri dan melabel apa yang dikeluarkan sebagai sampah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.