,
Hiburan

Pernah Berdepan 3 Pertuduhan Akibat Hantaran Di Laman Sosial, Pelawak Rizal Van Geyzel Kini Lebih Teliti Upload Video Jenaka

Ainun
12/09/2024
11:55 MYT
Pelawak Rizal Van Geyzel mengambil iktibar selepas berdepan pertuduhan berkaitan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia pada Julai 2022.
Tiada lagi kecaman yang diterima, Rizal, atau nama sebenarnya Muhammad Rizal Johan Van Geyzel, 41, bagaimanapun berkata dia kini lebih berhati-hati dalam memuat naik video di media sosial.
“Saya rasa apa yang saya buat dulu tidak memberi apa-apa kesan cuma sekarang saya sudah rajin dan berhati-hati untuk membuat hantaran video mengenai komedi ‘stand up’.

“Ia tidak menjadi masalah untuk saya. Saya juga tidak menerima sebarang ancaman selepas kejadian lalu”, katanya kepada Gempak ketika ditemui di sidang media Phua Chu Kang: The Greatest Show Man pada Rabu.

Melanjutkan bicara, pelawak itu menyatakan apa yang berlaku kepadanya berhubung isu lawak berpunca daripada pengguna media sosial, dan turut berpendapat kes buli siber di Malaysia semakin memburuk.

“Apa yang terjadi ke saya itu semuanya berpunca dari ‘online’. Bagi saya, itu semua adalah ‘cybertrooper’. Di Malaysia, buli siber adalah masalah terbesar untuk masa sekarang. Sebenarnya, jenaka ini tidak ada masalah pun, bulis siber sahaja yang menjadi punca kepada semua perkara”, jelasnya.

Pada masa yang sama, Rizal turut mendedahkan jenakanya tidak mengandungi unsur fitnah dan beranggapan kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh pilihan raya.
“Fasal lawak saya yang dituduh salah itu, sebenarnya tidak mempunyai sebarang fitnah. Lawak saya itu adalah mengenai keluarga saya yang berkahwin campur.

“Pada masa itu, terkena pula waktu pilihan raya. Jadi, semua pihak berkuasa yang datang process kes saya, semuanya baik hati dan mereka melihat saya sebagai seorang mangsa siber buli”, ulasnya.

Selepas melihat buli siber di Malaysia semakin berleluasa, Rizal meluahkan rasa sedih kerana tujuan asalnya sebagai pelawak disalahertikan oleh segelintir pihak.

BERITA TRENDING: “Buat Podcast Bagus, Asalkan Tidak Melanggar Hukum Agama..” - JoZan

BERITA TRENDING: “Jantung Saya Berhenti Berfungsi”- Phua Chu Kang Kongsi Detik Cemas Hampir Mati

Dia turut beranggapan bahawa apa yang berlaku selama ini mungkin telah dirancang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Untuk saya, saya hanya berasa sedih sedikit sebab ini adalah negara Malaysia yang sentiasa hidup dalam keharmonian dan juga menunjukkan budaya-budaya yang baik kepada orang luar.

“Sedih sebenarnya bila saya tengok orang yang sepatutnya saya perlu hiburkan tapi kesudahan jadi begini. Saya rasa benda yang berlaku ini sudah dirancang”, luahnya.
Bagaimanapun, dia juga berasakan beberapa pihak yang sering memberi kecaman kepadanya bukanlah orang yang pernah menyaksikan persembahan komedinya.
“Orang yang komen-komen ini bukanlah orang yang beli tiket untuk tengok persembahan saya pun. Bila saya ajak datang untuk tengok persembahan saya, mereka yang kecam saya tidak hadir pun.
“Dalam konteks persembahan komedi, kalau orang yang beli tiket itu tidak suka dengan persembahan saya, mereka boleh keluar dari tempat itu dan teruskan kehidupan seperti biasa”, kongsinya.
Terdahulu, polis menahan Rizal, pengasas bersama kelab komedi Crackhouse, berhubung penularan dua klip video di premis tersebut yang didakwa menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman pada 14 Julai 2022.

BERITA TRENDING: Pernah Kena Buli Siber, Meerqeen Ambil Inisiatif Tak Endah Komen Negatif - “Saya Rasa Lebih Baik Saya Diam”

BERITA TRENDING: Pernah Kena Siber Buli, Ara Johari Tak Kisah Komen Negatif Asalkan Tak Babitkan Keluarga - "Kalau Sentuh Keluarga Mungkin..."

Rizal kemudian menghadapi tiga pertuduhan kerana menghantar komunikasi jelik melalui laman Facebook, Instagram, dan TikTok, dua minggu sebelum itu.
Dalam perkembangan lain, Gurmit Singh bakal membuat persembahan komedinya, Phua Chu Kang: The Greatest Show Man di HGH Convention Centre Sentul, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Oktober ini. Turut digandingkan bersama, dua penghibur dari Malaysia, Russell Curtis dan Rizal Van Geyzel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

“Kita Pun Tak Nak Terus Berlaku Dalam Masyarakat” - Sky Iskandar Harap Mangsa Buli Jangan Pendam, Luah Pada Saluran Yang Betul

gempak
23/11/2024
09:55 MYT
Pelakon filem Kahar: Kapla High Council, Sky Iskandar berharap mereka yang menjadi mangsa buli jangan takut untuk berkongsi kejadian yang menimpa mereka.
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar