,
Hollywood

Pernah Ada Anak Kembar Tiga, Elon Musk Sambut Anak Ke-12

Maliah Surip
25/06/2024
14:45 MYT
Elon Musk rasmi menjadi bapa kepada 12 orang anak selepas ahli keluarga terbaharunya itu dilahirkan awal tahun ini.
Individu yang masuk senarai sebagai terkaya di dunia itu juga telah mengesahkan laporan dirinya kembali menjadi bapa selepas anak ke-12 hasil hubungan dengan Pengarah Projek Khas Neuralink Corp, Shivon Zilis.
Musk, 52, juga menepis dakwaan dia menyembunyikan fakta terbaharu itu dengan mendakwa seluruh keluarga dan teman rapat tahu dia telah memilik 12 orang anak.

BERITA TRENDING: 5 Individu Terkaya Dunia, Elon Musk & Mark Zuckerberg Bukan Lagi Nombor Satu!

BERITA TRENDING: Elon Musk Dakwa Maksud Nama Unik Anak Ketiga Berkaitan Konsep Matematik

“Saya tidak merahsiakan fakta sudah menjadi bapa semula. Semua keluarga dan rakan dekat saya tahu.
“Tidak memberitahu umum tentang khabar ini bukan bermaksud saya berahsia tapi tidak mahu ia menjadi kecoh,” ujar Musk seperti dilaporkan People.
Bagaimanapun jantina dan identiti anak ke-12 pemilik platform X ini tidak didedahkan.
Musk dan pasangannya cuba untuk memberi kehidupan biasa tanpa gangguan dengan sebaiknya.
Pada September 2023, pasangannya, Grimes yang merupakan ibu kepada tiga anak Musk sempat meluahkan perasaan agar media massa memberi ruang privasi dan tidak menganggu anak-anak mereka.
Pengarah Tesla ini menyambut kelahiran anak pertama, Nevada Alexander pada 2002 hasil perkahwinan dengan mantan isteri, Justine Wilson. Alexander bagaimanapun meninggal dunia 10 minggu kemudian kerana sakit.
Dia kemudian melakukan proses IVF bersama Wilson dan memiliki kembar iaitu Vivian Jenna dan Griffin pada 2006 sebelum anak kembar tiga yang diberi nama Kai, Saxon dan Damian pada tahun 2006.
Antara anak lain yang dimiliki Musk dan sempat menjadi bualan kerana namanya adalah X Æ A-Xii yang lahir pada 2010 hubungan bersama Grimes.
Musk sekali lagi mendapat kembar setahun kemudian yang diberi nama Strider dan Azure hubungan bersama Zilis.
Pada tahun yang sama, Grimes mendedahkan melahirkan anak Musk melalui ibu tumpangan dan diberi nama Exa Dark Sideræl. Mereka juga diketahui memiliki seorang anak lelaki bernama Techno Mechanicus atau Tau.

BERITA TRENDING: Bukan Lagi Twitter Tapi X, Selamat Tinggal Burung Biru

BERITA TRENDING: Walaupun Bergelar Lelaki Terkaya Dunia, Tapi Elon Musk Tiada Rumah Sendiri! Ini 5 Fakta Mengenai Rumah Sewa Elon Musk

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.