,
Filem

Permulaan Baik Filem ‘The Experts’, Raih RM1 Juta Pada Tayangan Awal

Asyikin Mayudin
23/05/2024
04:47 MYT
Filem aksi heist penuh bergaya tahun ini, The Experts buka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta pada tayangan awal filem.

Tayangan Awal

Malah, pada tayangan awal semalam telah menyaksikan filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures trending di platform X dan dilimpahi dengan komen-komen positif.
Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini akan ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei secara rasmi bermula hari ini.

Sambutan Menggalakkan

Penerbit Eksekutif The Experts yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, berkata melahirkan rasa syukur apabila filem tersebut mendapat sambutan menggalakkan.

“The Experts telah pun memulakan tayangan awal semalam dan Alhamdulillah filem ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan media yang telah memberi reviu positif dan semua penonton terawal yang telah menyaksikan The Experts di pawagam.
“Ini adalah satu permulaan yang baik untuk The Experts dan membuktikan penonton kita boleh menerima genre aksi heist yang jarang ditampilkan, sekali gus memadam stigma sesetengah penonton yang meragui kebolehan produksi dan pembikinan filem tempatan.
“Kami mengharapkan momentum ini akan berterusan. Terima kasih semua!” katanya.
Hujung minggu ini, barisan pelakon The Experts akan membuat siri jelajah di pawagam-pawagam Seremban dan Lembah Klang. Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti info di akaun media sosial Astro Shaw.

BERITA TRENDING: TheExperts: Ray Dapdap Kongsi Cabaran Berlakon Sebagai Pakar Godam - “Saya Kena Buat Latihan Dalam Masa…”

The Experts diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.
The Experts menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.
Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.
Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?
Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.
Hiburan

“Urusan Jodoh, Ajal & Maut Bukanlah Di Tangan Saya” - Mimi Lana

gempak
17/08/2024
09:55 MYT
Pelakon Mimi Lana tampil bersuara selepas hubungan percintaannya bersama aktor Syafiq Kyle kembali menjadi perbualan netizen.
Hiburan

“Saya & Mimi Mahu Fokus Karier Masing-Masing Dahulu Sebelum Melangkah Ke Arah Seterusnya” - Syafiq Kyle

gempak
15/08/2024
08:25 MYT
Pelakon Syafiq Kyle berkongsi perkembangan terkini mengenai hubungannya  bersama aktres Mimi Lana.
Hiburan

Masuk Kem Latihan Seminggu, Syafiq Kyle Kongsi Cabaran Ketuai ‘The Real’ Komando Dalam Takluk: Lahad Datu  – “Kami Dilayan Seperti…”

gempak
13/08/2024
11:55 MYT
Pelakon Syafiq Kyle menyifatkan kemunculannya dalam filem Takluk: Lahad Datu adalah antara tanggungjawab yang terbesar yang digalasnya sepanjang bergelar anak seni.