,
Hiburan

“Permit Westlife Lulus, Mohon Peminat Jangan Bimbang” – Penganjur Beri Jaminan Konsert Berjalan Lancar

Mya Amri
07/08/2019
09:07 MYT
Penganjur konsert ‘Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ In Kuala Lumpur’, MacpiePro memaklumkan permohonan permit untuk persembahan yang bakal berlangsung pada Khamis dan Jumaat ini telah diluluskan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Macpie Berhad Francis Leong, permohonan itu telah mendapat kelulusan termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
“Sukacita kami maklumkan bahawa permohonan permit bagi ‘Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ In Kuala Lumpur telah mendapat kelulusan dari semua pihak terlibat termasuk MBSA.
“Pihak kami sudah melakukan permohonan permit bagi konsert ‘Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ In Kuala Lumpur’ mengikut prosedur yang ditetapkan dan amat berterima kasih kepada pihak MBSA dan pihak-pihak yang terlibat kerana meluluskan permohonan permit bagi konsert ini.
“Peminat jangan bimbang kerana konsert ini akan berlangsung dan mereka boleh menyaksikan persembahan hebat dari kumpulan Westlife. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan berterusan kepada MacpiePro,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Westlife yang dianggotai Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan, dan Mark Feehily bakal hadir ke negara ini untuk Westlife The Twenty Tour Live in Kuala Lumpur bertempat di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 8 dan 9 Ogos ini.
Lebih 14,700 tiket konsert terjual dalam tempoh 32 jam selepas pra-penjualan tiket dibuka pada 13 April lalu.
Antara lagu hit kumpulan yang popular pada penghujung 1990-an dan awal 2000 itu termasuklah Flying Without Wings, If I Let You Go, My Love, World of Our Own, Queen of My Heart, Uptown Girl, I Have A Dream dan Swear It Again.
BACA: “Sudah Pasti Ada Lagu Hit Westlife Kegemaran Ramai” – Shane Filan
Terdahulu, pihak penganjur sebelum ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana pembatalan sesi bertemu peminat penyanyi K-pop, Kim Jae Hwan pada saat-saat akhir hujung Julai lalu disebabkan permit lokasi tidak diluluskan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Westlife Gamit Kenangan Naik Helikopter Ke Genting Highlands, Main Game 'Angkat Tangan' Dengan Peminat

gempak
17/06/2024
11:26 MYT
Biar hanya berselang masa setahun, kehangatan kumpulan Westlife tidak pernah padam.
Hiburan

Westlife Kembali Ke Malaysia, Bikin Konsert Di Arena Of Stars Genting Highlands Jun Nanti!

gempak
19/04/2024
05:07 MYT
Kumpulan pop terkenal dunia, Westlife akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert satu malam di di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun nanti.
Laman Utama

Perkahwinan Mewah Anak Bos Air Asia, Jemput Brian Westlife Nyanyi & Beri Tetamu Hermes

gempak
21/11/2023
13:41 MYT
Crazy Rich Surabaya
Laman Utama

Tak Cringe! Aksi 'Booty Shake' Westlife Di Axiata Arena Bikin Ramai Non-Stop Teriak, Ini 5 Momen Terbaik

gempak
25/02/2023
13:50 MYT
Penonton pun sama-sama beremosi!
Hiburan

Thank You For An Amazing Night! Ini 11 Moment Manis Konsert Westlife Di Malaysia

gempak
12/08/2019
15:23 MYT