Laman Utama
"Perlu iPhone & Makanan Untuk Pelacur" - Tak Kelakar... Naim Daniel Minta Jangan 'Mainkan' Susah Orang!
"Perlukan bantuan makanan untuk 20 pelacur bawah saya.. mereka lapar sampai sanggup jual c**** untuk RM10 sahaja," demikian tangkap layar yang dikongsikan pelakon dan penyanyi Naim Daniel di Instagramnya baru-baru ini.
Selain itu, ada yang turut memohon bantuan untuk mendapatkan telefon pintar jenis iPhone 12 Pro Max menerusi laman web mencari bendera putih dan food bank secara maya.
Hal itu mengundang kegusaran segelintir pihak termasuk Naim yang menganggap individu tidak bertanggungjawab itu sengaja memperlekeh dan memperalatkan kemudahan yang dibangunkan untuk kemudahan golongan yang terjejas dan memerlukan bantuan.
"Ini. Minda begini yang beranak-pinak di kala dunia sedang tenat. Rakyat sedang melarat.
"Janganlah, jangan buat main dengan kesusahan orang," pesannya lagi.
Hal itu menarik perhatian ramai termasuk rakan selebriti yang terkilan dengan sikap biadab pengguna berkenaan.
"Otak letak di lutut, bukan dekat kepala.
"Ada location dah tu, boleh singgah 'ziarah'.
"Yang buat benda ni mesti ingat kelakar kan.
"Tak payah layan musibat macam ni, keep it up with the good work Naim," tulis beberapa pengguna memberikan reaksi terhadap hantaran Naim.
Untuk info, beberapa laman web telah dibangunkan untuk memudahkan pengguna mencari bendera putih dan food bank di kawasan sekitar iaitu Kita Jaga Kita, #BenderaPutih dan Sambal SOS.
Must-Watch Video