,
Hiburan

Perkongsian ‘My Home Is Your Arm’ Ala Pre-Wedding Tarik Perhatian Netizen, Ini Respons Daiyan Trisha - “Saya Harap Orang Suka…”

Asyikin Mayudin
31/05/2024
00:55 MYT
Perkongsian foto memperlihatkan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha bersama seorang lelaki dengan tulisan ‘My Home Is Your Arm’ yang dimuat naik di Instagram menarik perhatian netizen.

Tak Nak Komen

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen beranggapan foto tersebut merupakan pra-perkahwinan namun Daiyan menafikan perkara tersebut.
Tiada apa yang ingin diulas mengenai andaian netizen, Daiyan berkata dia sudah memaklumkan bahawa perkongsian itu merupakan lagu terbaharunya yang bakal dilancarkan pada 7 Jun ini.

BERITA TRENDING: Bayi 20 Bulan Maut, Dilanggar Bapa Semasa Mahu Undur Kenderaan

“Itu merupakan single terbaharu saya yang akan keluar pada 7 Jun nanti. Kalau ada netizen ingat itu adalah pre-wedding, saya tak ada apa nak komen.

“Sebab memang kat situ dah tulis ia merupakan single terbaharu saya,” kata Daiyan ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Project High Council ini memberitahu lagu itu sudah ditulis sejak tahun lalu namun hanya dapat dikeluarkan pada tahun ini.

Single Pertama Selepas 2 Tahun

“Sebenarnya saya tulis lagu ini sejak tahun lalu… dah lama nak keluarkan tapi baru ada masa tahun ini.

BERITA TRENDING: Tony Eusoff Dedah Perangai Aktres Bermasalah - “Ada Seorang Saja Yang Ingin Saya Tampar”

“Saya cuma berharap orang suka dan lagu ini diterima baik. Ini merupakan lagu pertama saya selepas dua tahun,” ujarnya lagi.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kaharkaplahighcouncil

Kahar Kapla High Council

gempak
11/06/2024
12:58 MYT
Jom! Jom! Jangan tunggu last minute untuk korang join Peraduan Lesen High Council
Hiburan

Netizen Dah Mula ‘Unblock’ Daiyan Trisha Lepas Berani Batal Kontrak Lebih Awal Dengan Jenama Pro-Israel

gempak
17/05/2024
07:55 MYT
Selepas menerima teguran daripada netizen, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha nekad membatalkan kontrak dengan beberapa jenama pro Israel lebih awal.
Hiburan

Dah Batal Kontrak Dengan Jenama Antarabangsa, Ada Pula Netizen Minta Daiyan Trisha Padam Gambar Tunjuk Produk Berkaitan Israel

gempak
17/05/2024
06:55 MYT
Kritikan demi kritikan yang diterima, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha baru-baru ini akhirnya mengambil keputusan menamatkan kontrak dengan beberapa jenama antarabangsa yang didakwa menyumbang kepada Israel. Faktor penamatan kontrak itu difahamkan kerana gerakan Blockout 2024 yang sedang berleluasa serta teguran orang ramai yang dilontarkan t
Terkini

Daiyan Trisha Dipersoal Kenapa Tutup Tarikh Pada Resit Sumbangan Gaza

gempak
14/05/2024
05:55 MYT
Sumbangan Daiyan itu menerima pertikaian wargamaya gara-gara tarikh pada resit derma ditutup.
Hiburan

Daiyan Trisha Tunjuk Bukti Beri Sumbangan Tabung Palestin Cecah RM100,000 - “Minta Maaf Jika Cara Saya Tak Tepat”

gempak
13/05/2024
23:55 MYT
Susulan namanya termasuk dalam senarai boikot gerakan Blockout 2024, Daiyan Trisha tampil mempertahankan dirinya.