gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Fattah Amin Ada Sebab Tak Dapat Hadir Ke Majlis Persembahan Anak - “I’m So Sorry, Baby…”
GAYA HIDUP
#FoodiesLife: 10 Sebab Kenapa Bangi Lagi Power Daripada Dusun Durian Biasa
HIBURAN
Dayang Nurfaizah Jawab Soal Tarikh ‘Hari Bahagia’ - “Apa Yang Saya Boleh Katakan Hanyalah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Perkenalkan Putera Kedua Selepas 3 Minggu, Jihan Muse Pohon Doa Perlindungan Dari Allah

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
30/09/2022
12:18 MYT
Sponsor Banner
Perkenalkan Putera Kedua Selepas 3 Minggu, Jihan Muse Pohon Doa Perlindungan Dari Allah
Pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse akhirnya mengumumkan selamat timang anak kedua selepas tiga minggu bersalin.
Berita gembira tersebut dikongsikannya selepas memuat naik semula kemas kini dari suaminya Ungku Haris.
Dalam entri berkenaan Ungku Haris memuat naik fotonya bersama bayinya yang diberi nama Ungku Altamis Barr.
“Izinkan saya perkenalkan putera kedua kami yang diberi nama Ungku Altamis Barr Ungku Faizal Haris,” umumnya.
Dalam pada itu, mereka turut memohon agar anaknya mendapat perlindungan Allah dengan berkongsi potongan doa dari ayat al-Quran
“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan dan binatang melata, dan dari setiap mata jahat yang hasad,” maksud doa berkenaan.
Sebelum ini, pasangan itu hanya dilaporkan media menimang cahaya mata kedua seepas memuatnaik semula ucapan tahniah dari rakan terdekat di IG Story pada 8 September lalu.
Ketika itu biarpun belum membuat pengumuman rasmi berhubung kehadiran ‘orang baru’, muatnaik semula yang dilakukan itu secara tidak langsung mengesahkan khabar gembira.
Sebelum ini Jihan mendedahkan dia hanya tahu dirinya berbadan dua selepas melakukan ujian calitan Covid-19 sebagai prosedur menjadi pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung pada Januari lalu.
Jihan juga tidak mengendalikan Gegar Vaganza musim ke sembilan bersama teman gandingan, Nabil Ahmad yang akan bermula pada 18 September ini.
Tempatnya itu digantikan pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein.
Perkahwinan selebriti berusia 39 tahun dan Ungku Hariz yang dibina pada 2016 terlebih dulu diserikan seorang putera, Ungku Arsalan Haq, 4 tahun
View this post on Instagram
A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse)
Topic Berkaitan
#Anak
#Jihan Muse
#Baby
#Bayi
#Putera
#Ungku Haris
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement