HIBURAN
Dayang Nurfaizah Jawab Soal Tarikh ‘Hari Bahagia’ - “Apa Yang Saya Boleh Katakan Hanyalah…”
Penyanyi, Dayang Nurfaizah dilihat masih mengelak daripada memberikan jawapan pasti mengenai tarikh ‘isitmewa’ meskipun gosip tentang hubungan istimewanya semakin hangat diperkatakan.
Biarpun mengakui sedang mengenali seseorang, Dayang tetap memilih untuk berdolak-dalih apabila diajukan soalan berkenaan hari bahagianya itu.
“Dah lama saya tak main tarik tali (bergurau), apa boleh saya katakan sekarang hanyalah doakan yang terbaik buat saya.
“Tiada tarikh lain, yang penting sekarang hanyalah dua tarikh untuk persembahan eksklusif saya nanti,” katanya kepada Gempak.
Dayang berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sidang media Janji With Dayang yang berlangsung di Wet Deck, Kuala Lumpur pada petang Isnin.
Dalam majlis tersebut, Dayang turut mengumumkan dua tarikh istimewa untuk persembahan eksklusif sempena album terbaharunya, Janji.
Acara itu dijadualkan berlangsung pada 23 Ogos di Top View, Komtar, Pulau Pinang, dan 27 September di Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur.
Lebih menarik, Dayang turut menjemput semua komposer yang terlibat dalam pembikinan album Janji untuk hadir menyaksikan persembahan tersebut.
“Komposer dijemput dan akan hadir, mereka orang penting dan istimewa untuk persembahan eksklusif saya,” ujarnya.
Antara komposer yang terlibat dalam album Janji ialah Hael Husaini, Ajai, Sirkhan, Aubrey Suwito, Genervie Kam dan Audi Mok.
Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa Dayang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi selepas dia dilihat mula terbuka berkongsi sisi peribadi.
Namun, pelantun lagu Di Pintu Syurga itu tetap tenang dan bijak mengunci mulut, seolah-olah tidak mahu memberi sebarang pengesahan atau janji kepada peminat.
Must-Watch Video